BTC USD 63,672.2 Gold USD 4,504.16
Time now: Jun 1, 12:00 AM
  • โš ๏ธ Warning: Do not post copyrighted, infringing, pirated, or illegal download links. Any user found posting such content may be permanently banned without further notice.

Drama BRING IT ON, GHOST (KOR) (VIU) (SERIES)

RuthlessFairy

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,239
Paid Membership
Joined
May 15, 2009
Messages
30,239
Reaction score
879
Points
166
1645157558799.png



1645157583453.png

Episod pertama dah best gila! Lawak seram. Korang yang belum lagi pernah layan drama ini silalah masuk layan! Confirm korang suka punya! Episod demi episod langsung tidak bosan! ๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ž, ๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—”๐— , ๐—ฆ๐—˜๐——๐—œ๐—›..๐—ฆ๐—˜๐— ๐—จ๐—” ๐—”๐——๐—”โ—

Mengisahkan Park Bong-pal (Ok Taec-yeon) yang hijabnya terbuka sejak dia kecil lagi. Ke mana sahaja dia pergi pasti akan ada hantuยฒ atau rohยฒ gentayangan yang dia jumpa.

Dengan anugerah yang dia miliki ini, dia gunakan ia sebagai batu loncatan untuk mendapatkan wang sampingan bagi keperluan hariannya dan membiayai pengajiannya sebagai seorang penuntut di salah satu universiti tempatan.

Yang lawaknya, Bong-pal ini cuma berani lawan hantuยฒ/rohยฒ yang lemah dan kurang kuat. Kalau dapat job je kena lawan rohยฒ yang badan lagi besar dari dia terus dia ambil "langkah seribu", lariiiii

So satu hari ini, dia dapat sms dari seorang pelajar sekolah tinggi perempuan yang bernama Kim Hyun-ji (lakonan Kim so-hyun), Hyun-ji minta bantuan Bong-pal untuk halau hantu yang mengganggu pelajarยฒ kat sekolahnya.

Sekali Bong-pal dapat tahu yang Hyun-ji ni bukan manusia tetapi hantu yang telah mati 5 tahun lalu. Hyun-ji minta tolong kat Bong-pal untuk menyiasat punca kematiannya sebab Hyun-ji langsung tidak ingat macam mana dia boleh mati.

Tapi disebabkan Hyun-ji tidak dapat sediakan duit upah, dia buat perjanjian dengan Bong-pal untuk bantu dia halau hantu dan rohยฒ yang jahat. So sejak mereka berdua bekerjasama, bisnes menghalau hantu Bong-pal makin maju dan dia pun berani berhadapan dengan hantuยฒ/rohยฒ jahat yang lebih kuat.

Lama-kelamaan, Bong-pal pun mula menaruh perasaan terhadap Hyun-ji. Lepas tu mereka pun jadi pasangan kekasih. Kalau dah bercinta tu mestilah akan berlaku perselisihan faham juga kan? Hyun-ji pun merajuk dengan Bong-pal dan menghilangkan diri...lepas tu apa jadi? Haa..makin best tau! Korang layan la kalau nak tau apa jadi lepas tu okay.. boleh layan kesemua 16 Episod penuh di #๐—ฉ๐—ถ๐˜‚๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ

credit : Aireen Bagz

1645157634865.png





 
Back
Top
Log in Register