BTC USD 84,614.4 Gold USD 4,177.45
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Brick Game (1992)

rozaidi

Super Active Member
Messages
7,269
Joined
Mar 10, 2011
Messages
7,269
Reaction score
24
Points
65
brick-game1992a.jpg


Brick Game adalah nama sejenis permainan video mudah alih (menggunakan bateri) yang digemari ramai di Malaysia pada sekitar awal 1990-an. Permainan tersebut dengan nama asalnya Tetris telah lebih dulu popular kepada pengguna komputer di mana ia dimainkan melalui penggunaan cakera liut bersaiz 5.25 inci yang perlu dimasukkan ke dalam sistem komputer. Format permainan asal sebegitu mungkin hanya digemari oleh pengguna komputer yang mahir. Peminat permainan video di Malaysia pula lebih awal mengenali permainan Tetris pada hujung 1980-an melalui mesin permainan video bersaiz besar yang hanya terdapat di pusat permainan video, di mana setiap mesin perlu dimasukkan wang syiling 20 sen sebelum ia boleh digunakan. Apabila format permainan mudah alih Brick Game pula muncul di pasaran, ia berjaya mendapat perhatian ramai dalam waktu yang singkat. Peraturan permainannya yang sangat mudah untuk difahami dan dikawal menyebabkannya mendapat perhatian daripada semua golongan masyarakat, tidak kira orang tua atau muda. Permainan video mudah alih tersebut juga dijual dengan murah di merata tempat termasuk di pasar malam. Mendapat blok panjang yang mampu memadamkan 4 baris blok sekaligus merupakan suatu kepuasan ketika itu, apatah lagi apabila blok panjang muncul berturut-turut apabila anda begitu memerlukannya.

brick-game1992b.jpg

Foto: Tiga orang anggota kumpulan Search sedang asyik menaip mesej? Tidak! SMS belum wujud dan tiada telefon bimbit senipis itu pada 1992. Masa untuk Brick Game sementara menunggu konsert bermula.
 
Oh ya, masih ingat lagi game ni. Selepas Brick Game barulah muncul game Tetris berwarna dalam komputer, apabila munculnya komputer. Kemudian muncul pelbagai versi lain dengan konsep yg sama/hampir sama, seperti Bejeweled dan Chuzzle.
 
skang aku dok layan lagi..
tetris kat fb............
 
jasa menda nie la ak belajo menabung...
 
bagus seh game tetris nih
buat cpt pikir n solve masalah
bagus tuk otak suatu ketika dulu :)
 
Back
Top
Log in Register