BTC USD 60,698.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Brain Expo A kembali

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Enfagrow​

BERITA baik kepada para ibu bapa yang menantikan acara menarik buat si anak. Brain Expo Enfagrow A+ kembali buat kali kedua di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini sehingga 11 Mei.

Ekspo itu memberi peluang kepada pengunjung untuk meneroka beberapa bidang sains luar biasa serta mengetahui bagaimana rangsangan dan pemakanan membantu empat bidang utama iaitu pembangunan intelek, motor, emosi serta komunikasi.

Jika pada kali pertama, ekspo ini berjaya menarik 18,000 pengunjung, tetapi kali ini diperkenalkan kepada sains otak pendidikan dengan pameran otak manusia sebenar dan belajar mengenai pembangunan saintifik otak.

Di sinilah para ibu bapa dan kanak-kanak berpeluang menimba pengalaman saintifik untuk menambah pengetahuan, dengan meneroka sains minda yang menakjubkan dan meninjau bagaimana stimulasi dan nutrisi membantu menyokong empat perkembangan utama berkaitan kemahiran intelektual, motor, emosi dan komunikasi.

Pengunjung akan dapat belajar dan berinteraksi apabila mereka memasuki 'Dunia dalam Minda' dan menerokai empat 'Dunia Interaktif' yang direka khas merangsang perkembangan utama (intelektual, motor, emosi dan komunikasi) sebahagian pembelajaran berasaskan pengalaman untuk perkembangan minda.

Kali ini, Enfagrow A+ berhasrat memberikan pendidikan dan pengalaman berasaskan sains perkembangan minda dalam usaha membantu menerokai potensi si manja. Enfagrow A+ percaya bahawa Stimulasi dan Nutrisi adalah blok binaan yang menyokong pelbagai aspek perkembangan kanak-kanak dalam kemahiran intelektual, motor, emosi dan komunikasi.

Brain Expo diperkenalkan kepada pendidikan sains minda dengan pameran otak manusia sebenar dan belajar tentang perkembangan saintifik minda.

Mereka akan dibawa menyusuri liku-liku perjalanan interaktif di dalam Kubah Galaksi Minda 360˚ meninjau kehebatan minda, mempelajari sains minda dan melihat pembentukan saraf minda di depan mata mereka, membawa ke satu lagi dimensi memahami kepintaran minda.

Pengunjung juga boleh meneroka aktiviti dalam setiap satu masa daripada empat Dunia Interaktif: Intelektual, Motor, Emosi dan Komunikasi yang merangsang keupayaan kognitif si manja menerusi eksperimen sains.

Ia dibuka bermula jam 9.30 pagi hingga 10.00 malam pada 8 hingga 10 Mei, manakala 9.30 pagi hingga 7.00 petang pada 11 Mei. Masuk adalah percuma.
 
Back
Top
Log in Register