ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Ibrahim (depan, kanan) bersama 20 pemenang pertandingan Ipad Air Brahim's di Kuala Lumpur, semalam.
PRODUK makanan tempatan jenama Brahim’s di bawah Dewina Holdings Sdn Bhd (Dewina) berjaya menembusi pasaran luar negara termasuk Amerika Syarikat dan Itali.
Pengerusi Eksekutif Kumpulan Dewina, Datuk Ibrahim Ahmad berkata, empat produk Brahim’s iaitu Kuah Rendang Indonesia, Kuah Masak Nyonya Malaysia, Kuah Masak Lemak dan Kuah Kari Daging menembusi 250 pasar raya Cost Plus di Amerika Syarikat baru-baru ini.
“Kami juga berjaya memasuki pasar raya Premium Outlet di Itali dengan penghantaran 200 karton produk Brahim’s ke sana,” katanya di Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Ipad Air Brahim’s di Kuala Lumpur, semalam.
Sementara itu, Ibrahim berkata, Dewina akan melabur RM209 juta untuk membina kilang di Arab Saudi, iaitu kilang keduanya di luar negara.
“Kami sudah rancang pembukaan kilang tersebut hampir dua tahun dan segalanya berjalan lancar tetapi adasedikit kesulitan mengenai lokasi pembinaannya.
“Lokasi yang dicadangkan ialah Muzdalifah berhampiran Makkah, tetapi tempoh pajakannya singkat, tidak sesuai untuk buka kilang,” katanya.
Menurutnya, apabila menemui lokasi sesuai kelak, kerja pembinaan akan dilakukan secepat mungkin dan dijangka dapat disiapkan dalam tempoh 15 bulan berbanding kilang di Jordan yang siap dalam tempoh dua tahun setengah.
"Tetapi alhamdulillah kilang di Jordan sudah beroperasi dan mula mengeluarkan produk," katanya.
Buat masa ini terdapat 44 produk Brahim’s di pasaran tempatan dan luar negara.