BTC USD 63,660.0 Gold USD 4,469.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

BR1M ubah hidup penerima

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
ne_01.1.jpg


Penerima BR1M diharap dapat mengubahkan taraf hidup masing-masing dengan menggunakan wang tersebut secara betul. – Gambar hiasan


KUALA LUMPUR – Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bermula 2012 ter*nyata berjaya mengubah nasib rakyat berpendapatan rendah apabila wang tersebut digunakan untuk melonjakkan taraf hidup mereka.

Perkara itu terbukti apabila jumlah penerima BR1M di bawah kategori isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan pada tahun ini menurun sebanyak 200,000 orang berbanding pada tahun lepas.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong berkata, perkemba*ngan positif itu dipercayai hasil pelaksanaan pelbagai program bantuan oleh kerajaan termasuk pinjaman mikro kredit yang menggalakkan penerima BRIM menceburkan diri dalam bidang perniagaan dan bidang-bidang lain yang lebih bermanfaat.

“Terdapat penurunan bagi pe*nerima bagi kategori (berpendapatan) RM3,000 iaitu 4.3 juta penerima pada 2014 kepada 4.1 juta pada tahun ini.

“Ini bermakna penerima BR1M tidak akan terus menerima bantuan ini apabila terdapat peningkatan pendapatan isi rumah mereka,” kata beliau ketika menjawab soalan tambahan Dr. Noor Azmi Ghazali (BN-Bagan Serai) pada sidang Dewan Rakyat di sini semalam.



sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0617&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm
 
Wah hebat2 .... nak bljr jgk cara ubah kehidupan keluarga dgn bantuan 3 kali bayar tu.
 
Syukur pakcik makcik ni dapat beraya dengan rumah baru tahun ini.
 
iyolah tu......
 
Kalau brim sebulan skali,mesti jadi kaya
 
pakcik makcik tu dapat lebih utk bergambar. kalau senyum lebar sikit
dapat extra.
 
mengubah nasib rakyat berpendapatan rendah apabila wang tersebut digunakan untuk melonjakkan taraf hidup mereka.

Ayat bukan main positif. Macam duit BR1M tu boleh beli saham FVG. Errr... mungkin boleh kot. :D
 
betul BRIM dapat ubah kehidupan....pagi dapat BRIM 300, PETANG KENA SAMAN 300
 
Back
Top
Log in Register