BTC USD 63,462.8 Gold USD 4,340.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

BR1M ringankan beban orang Melayu

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
KUALA LUMPUR - Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dilihat dapat mencapai matlamat kerajaan dalam meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat terutamanya membabitkan orang Melayu.

Penganalisis ekonomi, Prof. Amir Baharuddin menjelaskan, kebanyakan penerima BR1M merupakan orang Melayu disebabkan komposisi masyarakat di negara ini yang sebahagian besarnya adalah terdiri daripada kaum tersebut.

"Disebabkan perkara tersebut, masyarakat Melayu dilihat lebih ramai menerima bantuan ini berbanding kaum-kaum lain. Saya menyangkal dakwaan mengatakan bahawa pemberian BR1M ini hanya untuk golongan orang Melayu.

"Faktor kedua menjadi punca kebanyakan yang menerima bantuan ini adalah masyarakat Melayu merujuk kepada pendapatan bulanan mereka yang jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan masyarakat daripada kaum lain," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, Pensyarah Fakulti Ekonomi, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof. Dr. Abdul Rahim Abdul Rahman berkata, pemberian BR1M mampu menyeimbangkan jurang pendapatan antara rakyat di negara ini.

"Kerajaan seharusnya mengambil pendekatan dengan melaksanakan beberapa agenda memperkasa ekonomi di luar bandar seperti membangunkan kawasan koridor utara dan timur untuk memperbaiki keseimbangan ekonomi dalam negara," katanya.



Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20141016/dn_03/BR1M-ringan-beban-rakyat#ixzz3GF2MLqxz
© Utusan Melayu (M) Bhd
 
ko lg untung maa...naikn minyak, bpe sgt la yg dpt brimmmmmm
 
Prof pro kerajaan mmg la buat statement mcm tu..
 
utusan melayu....

pandai betul prof ni! mesti tiap hari dpt utusan percuma
 
ringan sikit beban nak tukar smartphone baru
 
cerita brim sampai beratus tahun ni nak bercerita kot, tak habis2....



:)cgrock:)cgrock:)cgrock
 
Back
Top
Log in Register