ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
PETALING JAYA 17 Mei - TASIK Kelana Jaya di sini tidak pernah sunyi dengan orang ramai khususnya pada cuti hujung minggu.
Hampir setiap petang ada sahaja pengunjung mengambil kesempatan beriadah bersama keluarga sama ada untuk berjoging atau melakukan aktiviti santai sambil menikmati keindahan tasik.
Berbanding aktiviti lain, aksi sekumpulan lelaki dewasa yang leka bermain bot kawalan jauh di pinggiran tasik itu sering mencuri perhatian.
Deruan enjin bot-bot kawalan jauh pelbagai bentuk dan warna yang saling berlumba-lumba memecah ketenangan air tasik pagi itu.
Pemainnya tidak berganjak dan terus berdiri di atas jeti tepi tasik bagi memastikan bot-bot yang dikawal tidak tersasar.
Mereka ini merupakan sebahagian ahli daripada Kelab Kruzen Jockey RC Boaters Community (KJRCBC) yang menjadikan tasik itu sebagai lokasi utama untuk bermain bot kawalan laju.
Presidennya, Abdul Hadi Abdul Razak berkata, selain kepuasan dan keseronokan, hobi bermain bot laju turut membantu mengasah kemahiran hidup serta menajamkan minda pemainnya.
Menurutnya, pada masa sama, menawarkan cabaran ekstrem kepada peminatnya menerusi pergerakan tanpa had serta mampu memecut laju di atas air sehingga 155 kilometer sejam.
“Berbanding sesetengah permainan kawalan radio (RC) lain seperti kapal terbang atau helikopter, bot RC menjanjikan keseronokan dan cabaran tersendiri
“Bot-bot hanya terbabas dan jarang berlanggar sesama sendiri. Risiko melibatkan sehingga enjin rosak teruk mahupun struktur badan pecah juga rendah,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini.
Menurutnya, bot-bot laju yang menggunakan kuasa bateri atau Electric Power (EP) lebih menjadi pilihan pemain.
Katanya, ini kerana ia lebih mudah diselenggarakan berbanding gas atau petrol.
Artis terkenal, Hafiz Suip turut mengakui menggilai hobi bermain bot kawalan jauh.
“Hobi ini memberi keseronokan dan kepuasan tidak terhingga kepada saya,” katanya.
Turut berkongsi Azizon Yusuf, 35, dari Sungai Buloh, Selangor.
Katanya, bermain bot kawalan jauh kini menjadi hobi tetapnya kerana ia memilikki daya tarikan serta memberi kepuasan tersendiri.
“Keseronokan ketika mengendalikan bot kawalan jauh ini sukar digambarkan dengan kata-kata kecuali merasainya sendiri,” katanya.
Mereka yang ingin mencuba hobi lebih mencabar boleh menyertai KJRCBC dengan menghubungi Abdul Hadi menerusi 010-4288896.