BTC USD 86,522.6 Gold USD 4,364.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bot Karam: Lima Kru Terselamat Selepas 17 Jam Terapung Di Laut

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,402
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,402
Reaction score
346
Points
141
4358094f20e407f6ce4e11a21e8b49755f09776591d0d


Lima kru bot persiaran Thailand ditemukan selamat selepas terapung hampir 17 jam akibat bot dinaiki karam di perairan Tanjung Sedili Khamis lepas.

Pemangku Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili Komander Maritim Mohd Najib Sam berkata pihaknya menerima laporan kecemasan pada 9 malam yang memaklumkan bot berkenaan mengalami kebocoran sebelum terputus hubungan ketika dalam pelayaran ke Singapura.

Beliau berkata bagaimanapun usaha pencarian oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang digerakkan segera ke lokasi kejadian berdepan kesukaran berikutan keadaan gelap dan jarak penglihatan terhad.

“Semua mangsa ditemukan nelayan tempatan dalam keadaan terapung, kira-kira 7.1 batu nautika timur Tanjung Siang pada 8.30 pagi semalam dan mereka dibawa ke Terminal Feri Tanjung Pengelih sebelum diberikan rawatan awal oleh petugas,” katanya dalam kenyataan.

Mohd Najib berkata semua mangsa terdiri daripada lelaki berusia 43 hingga 74 tahun dilaporkan tidak mengalami kecederaan serius dan telah diserahkan kepada Kedutaan Thailand bagi tindakan lanjut.

 
Back
Top
Log in Register