alisha_qistina
Super Active Member
- Messages
- 6,416
- Joined
- Jun 27, 2008
- Messages
- 6,416
- Reaction score
- 257
- Points
- 81
Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR
TELUK KEMANG 25 Jun – Mayat mangsa terbaru tragedi bot karam yang merupakan seorang kanak-kanak perempuan ditemui terapung di 12 batu nautika (22.2 kilometer) dekat pantai Port Dickson, tengah hari ini.
Ketua Penguat Kuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah 5 (Kuala Linggi), Kapten Maritim Ibrahim Mohamed berkata, kanak-kanak malang yang berusia antara 10 dan 12 tahun itu dipercayai warga Indonesia.
“Mayat kanak-kanak ini ditemui pada pukul 12.38 tengah hari ini dalam keadaan menyayat hati dengan hampir kesemua kulit badannya sudah mengelupas dan berbau,” katanya pusat operasi Jeti Penumpang Port Dickson, di sini hari ini.
Mayat kanak-kanak itu ditemui pasukan mencari dan menyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri.
Terdahulu seorang lagi mangsa bot karam yang merupakan seorang wanita berusia 30-an telah ditemui oleh APMM pada pukul 11.58 pagi ini.
“Mayat wanita itu ditemui tidak jauh dari kedudukan mayat kanak-kanak berkenaan.
“Dengan penemuan dua mayat terbaru ini, ia menjadikan jumlah mangsa korban dalam tragedi bot pancung itu kini meningkat kepada sembilan orang, selepas tujuh mayat ditemui sebelum ini,” katanya.
Katanya, dua mayat yang ditemui hari ini telah diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia sebelum dibawa ke Hospital Port Dickson, untuk dibedah siasat.
Sehingga kini usaha mengesan lapan lagi mangsa yang dikhuatiri lemas dalam tragedi ini diteruskan oleh pasukan mencari dan menyelamat. – Utusan