BTC USD 62,412.2 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Bot bocor bersama 17 pemancing selamat

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,259
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,259
Reaction score
1,665
Points
201
𝗒𝗣 𝗖𝗔π—₯π—œπ—Ÿπ—”π— π—”π—§: 𝗕𝗒𝗧 𝗕𝗒𝗖𝗒π—₯ π—•π—˜π—₯𝗦𝗔𝗠𝗔 𝟭𝟳 π—£π—˜π— π—”π—‘π—–π—œπ—‘π—š, π—¦π—˜π—Ÿπ—”π— π—”π—§

π—Ÿπ—”π—‘π—šπ—žπ—”π—ͺπ—œ, 𝟭𝟯 π—¦π—²π—½π˜π—²π—Ίπ—―π—²π—Ώ - Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Langkawi hari ini mengaktifkan Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) bagi mengesan sebuah bot yang dipercayai membawa 17 pemancing yang mengalami kebocoran di kedudukan sekitar 18.1 batu nautika, barat daya, Pulau Cupa, Langkawi sekitar jam 10.10 pagi tadi.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah berkata, bot PENYELAMAT 5 Maritim Malaysia telah diatur gerak bagi operasi CARILAMAT sebaik menerima laporan daripada Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Langkawi berkaitan kejadian berkenaan.

Maklumat berkenaan insiden disalurkan oleh tekong bot tersebut kepada Pusat Operasi Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Langkawi melalui panggilan telefon menggunakan rangkaian Satelite Communication (Satcom).


Maklumat kejadian juga turut disalurkan kepada agensi sahabat seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan serta komuniti nelayan setempat.

Setibanya di lokasi kejadian, mendapati bot berkenaan telah berjaya mengawal kebocoran serta menghidupkan semula jentera utamanya. Bot berkenaan kemudiannya diiringi ke Pengkalan Nelayan Penarak, Langkawi oleh bot ronda Maritim Malaysia bagi memastikan keselamatan bot serta kru, seterusnya operasi CARILAMAT ditamatkan pada jam 3.45 petang tadi.

Maritim Malaysia mengingatkan kepada pelancong yang ingin menyewa bot-bot bagi tujuan rekreasi mahupun yang ingin menjalankan aktiviti menangkap ikan agar sentiasa memeriksa tahap keselamatan yang dibekalkan dan sentiasa memastikan pemilik bot memiliki lesen yang sah sebelum turun ke laut. Maritim Malaysia juga mengalu-alukan maklumat daripada seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang kecemasan di laut secara terus ke talian Pusat Operasi Maritim Negeri Kedah dan Perlis 04-9662750 atau MERS 999.

LAKSAMANA PERTAMA MARITIM MOHD ZAWAWI BIN ABDULLAH
PENGARAH MARITIM NEGERI KEDAH DAN PERLIS
AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA

#WeTakeItSeriously
#MaritimMalaysia
#MaritimeNation
#MalaysiaCoastGuard
#KedaulatanNegaraTanggungjawabBersama
#FightTogether
#KitaJagaKita
Kementerian Dalam Negeri (KDN)
#KDN_TogetherWeAreOne
 

17 pemancing cemas bot bocor

Hamzah Osman / 13SEP21- September 13, 2021 @ 8:45pm
[email protected]

bott_1631537092.jpg


Bot dinaiki 17 pemancing yang mengalami kebocoran di Langkawi. FOTO NSTP/HAMZAH OSMAN


LANGKAWI: Seramai 17 pemancing berdepan detik cemas apabila bot yang mereka naiki mengalami kebocoran ketika berada di kedudukan 18.1 batu nautika Barat Daya Pulau Cupa di sini, hari ini.

Pengarah Maritim Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim, Mohd Zawawi Abdullah, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 10.10 pagi.

"Maklumat kejadian disalurkan tekong bot menerusi Sub-Pusat Menyelamat Maritim (MRSC) sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) diaktifkan di kawasan kejadian.

"Maklumat kejadian turut disalurkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam (APM) serta komuniti nelayan setempat," katanya dalam kenyataan di sini.

Mohd Zawawi berkata, bagaimanapun sejurus tiba di lokasi kejadian, pasukan SAR mendapati kebocoran bot berjaya dikawal oleh kru bot dan jentera utama juga dapat dihidupkan semula.

"Bot itu kemudian diiring bot ronda Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) ke Pangkalan Nelayan Kampung Penarak, bagi memastikan keselamatan bot serta kru.

"Susulan itu SAR ditamatkan pada jam 3.45 petang tadi," katanya.

Beliau berkata, Maritim Malaysia turut mengingatkan kumpulan pelancong yang ingin menyewa bot bagi tujuan rekreasi dan memancing sentiasa memeriksa tahap keselamatan serta memastikan pemilik bot memiliki lesen sah sebelum turun ke laut.


 
Alhamdullillah semua selamat, nie kes lepas gian lama xmengail la nie
 
Back
Top
Log in Register