BTC USD 63,533.9 Gold USD 4,463.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bosan suami sakit

kalau

CG Top Poster Club
gem
Messages
48,563
Paid Membership
Joined
Mar 4, 2008
Messages
48,563
Reaction score
127
Points
123
JOHOR BAHRU: Bosan suami sering sakit manakala anak pula cacat, seorang wanita berusia 38 tahun sanggup bertindak melampau apabila tergamak meninggalkan keluarga sejak akhir tahun lalu selepas menjalin hubungan asmara dengan lelaki lebih muda.

Perbuatan wanita itu bukan hanya mengakibatkan suaminya kini hidup menderita, malah tiga anak pasangan itu terpaksa tinggal berasingan.

Si suami yang hanya mahu dikenali sebagai Beng, 45, berkata dia tidak menyangka hubungan isterinya dengan pemuda berusia 20-an terbabit menjadi intim sehingga sanggup mengabaikan rumah tangga yang dibina sejak lebih 11 tahun lalu dan meninggalkan keluarga.

Sejak ditinggalkan, anak sulung pasangan itu, Nancy, 10, kini tinggal di rumah saudara manakala dua adiknya, Titi, 6, dan Along, 3, terpaksa diserahkan kepada rumah kebajikan sejak empat bulan lalu.

Dia pula kini menjalani kehidupan dalam keadaan tertekan berikutan buntu memikirkan masa depan anaknya yang membesar tanpa didikan dan kasih sayang seorang ibu.

“Saya bimbang nasib anak-anak terutama Along kerana sejak ibunya menghilangkan diri, dia gemar bersendirian dan tidak lagi periang seperti dulu.

“Keadaan itu menyebabkan hingga kini dia masih tidak dapat bertutur walau sepatah perkataan walaupun sudah berusia tiga tahun,” katanya.

Beng yang bekerja buruh kontrak berkata, dia yang buntu dengan nasib keluarganya terpaksa menyerahkan anak perempuan sulungnya kepada saudara terdekat, manakala Titi dan Along terpaksa dihantar ke Rumah Pertubuhan Kebajikan Orang Kurang Upaya di Jalan Hang Tuah 32, Taman Skudai Baru, di sini, sejak April lalu.

Menurutnya, berikutan pendapatannya tidak seberapa, dia hanya mampu memberi sedikit wang bagi menampung kos penjagaan anaknya.

“Saya tak pernah berniat melepaskan tanggungjawab, tapi terdesak berikutan saya turut mengalami masalah jantung dan bimbangkan masa depan mereka jika berlaku kejadian tidak diingini.

“Impian saya mahu melihat Along mampu bertutur selain kakak dan abangnya menjadi insan berguna biarpun mereka tidak menikmati kasih sayang ibu,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Orang Kurang Upaya itu, K Letchmighandan, berkata berdasarkan pengalamannya menguruskan rumah kebajikan berkenaan lebih 10 tahun lalu, kejadian seperti itu kerap berlaku sehingga mengakibatkan anak kurang upaya gagal mendapat kasih sayang mahupun penjagaan sempurna.

Menurutnya, perbuatan wanita itu mengakibatkan suaminya buntu mengenai nasib anak mereka dan berikutan sibuk bekerja, akhirnya anak kurang upaya itu terpaksa dihantar ke rumah kebajikan.

“Bukan semua ibu bersikap seumpama itu, tapi ada segelintir yang lepas tangan terhadap kewajipan mendidik dan membesarkan anak kurang upaya.

“Mereka seolah-olah lupa dan tidak mengambil berat terhadap anak kurang upaya kerana menganggap tidak membawa sebarang makna dalam kehidupan,” katanya.

Dia berkata, rumah kebajikan itu menerima dua beradik berkenaan dengan seorang daripada mereka mengalami masalah lembam yang ditinggalkan ibu mereka sejak hampir setahun lalu.

Menurutnya, kanak-kanak itu bernasib baik kerana masih mendapat perhatian bapanya yang mengunjungi mereka sekurang-kurangnya tiga kali sebulan.

“Ibu kanak-kanak berkenaan difahamkan gagal dikesan hingga kini. Namun, kanak-kanak itu menjadi kesayangan penghuni lain terdiri warga emas kurang upaya dan kanak-kanak yatim piatu.

“Kami menyediakan kelas pembelajaran khas bagi Along supaya dia cergas dan mampu bertutur secepat mungkin,” katanya.

Beliau berkata, rumah kebajikan itu menempatkan warga emas yang hilang ingatan dan tidak mempunyai waris dengan sebahagian besar mereka dirujuk hospital kerajaan di sekitar bandar raya ini.

“Tiada waris mencari mereka, malah usaha kami mendapatkan maklumat keluarga warga emas itu gagal.

“Kami turut menyediakan kemudahan fisioterapi kepada warga emas yang lumpuh dan menawarkan perlindungan secara percuma,” katanya.

mymetro online news.
 
JOHOR BAHRU: Bosan suami sering sakit manakala anak pula cacat, seorang wanita berusia 38 tahun sanggup bertindak melampau apabila tergamak meninggalkan keluarga sejak akhir tahun lalu selepas menjalin hubungan asmara dengan lelaki lebih muda.

Perbuatan wanita itu bukan hanya mengakibatkan suaminya kini hidup menderita, malah tiga anak pasangan itu terpaksa tinggal berasingan.

Si suami yang hanya mahu dikenali sebagai Beng, 45, berkata dia tidak menyangka hubungan isterinya dengan pemuda berusia 20-an terbabit menjadi intim sehingga sanggup mengabaikan rumah tangga yang dibina sejak lebih 11 tahun lalu dan meninggalkan keluarga.

Sejak ditinggalkan, anak sulung pasangan itu, Nancy, 10, kini tinggal di rumah saudara manakala dua adiknya, Titi, 6, dan Along, 3, terpaksa diserahkan kepada rumah kebajikan sejak empat bulan lalu.

Dia pula kini menjalani kehidupan dalam keadaan tertekan berikutan buntu memikirkan masa depan anaknya yang membesar tanpa didikan dan kasih sayang seorang ibu.

Saya bimbang nasib anak-anak terutama Along kerana sejak ibunya menghilangkan diri, dia gemar bersendirian dan tidak lagi periang seperti dulu.

“Keadaan itu menyebabkan hingga kini dia masih tidak dapat bertutur walau sepatah perkataan walaupun sudah berusia tiga tahun,” katanya.

Beng yang bekerja buruh kontrak berkata, dia yang buntu dengan nasib keluarganya terpaksa menyerahkan anak perempuan sulungnya kepada saudara terdekat, manakala Titi dan Along terpaksa dihantar ke Rumah Pertubuhan Kebajikan Orang Kurang Upaya di Jalan Hang Tuah 32, Taman Skudai Baru, di sini, sejak April lalu.

Menurutnya, berikutan pendapatannya tidak seberapa, dia hanya mampu memberi sedikit wang bagi menampung kos penjagaan anaknya.

“Saya tak pernah berniat melepaskan tanggungjawab, tapi terdesak berikutan saya turut mengalami masalah jantung dan bimbangkan masa depan mereka jika berlaku kejadian tidak diingini.

“Impian saya mahu melihat Along mampu bertutur selain kakak dan abangnya menjadi insan berguna biarpun mereka tidak menikmati kasih sayang ibu,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Orang Kurang Upaya itu, K Letchmighandan, berkata berdasarkan pengalamannya menguruskan rumah kebajikan berkenaan lebih 10 tahun lalu, kejadian seperti itu kerap berlaku sehingga mengakibatkan anak kurang upaya gagal mendapat kasih sayang mahupun penjagaan sempurna.

Menurutnya, perbuatan wanita itu mengakibatkan suaminya buntu mengenai nasib anak mereka dan berikutan sibuk bekerja, akhirnya anak kurang upaya itu terpaksa dihantar ke rumah kebajikan.

“Bukan semua ibu bersikap seumpama itu, tapi ada segelintir yang lepas tangan terhadap kewajipan mendidik dan membesarkan anak kurang upaya.

“Mereka seolah-olah lupa dan tidak mengambil berat terhadap anak kurang upaya kerana menganggap tidak membawa sebarang makna dalam kehidupan,” katanya.

Dia berkata, rumah kebajikan itu menerima dua beradik berkenaan dengan seorang daripada mereka mengalami masalah lembam yang ditinggalkan ibu mereka sejak hampir setahun lalu.

Menurutnya, kanak-kanak itu bernasib baik kerana masih mendapat perhatian bapanya yang mengunjungi mereka sekurang-kurangnya tiga kali sebulan.

“Ibu kanak-kanak berkenaan difahamkan gagal dikesan hingga kini. Namun, kanak-kanak itu menjadi kesayangan penghuni lain terdiri warga emas kurang upaya dan kanak-kanak yatim piatu.

“Kami menyediakan kelas pembelajaran khas bagi Along supaya dia cergas dan mampu bertutur secepat mungkin,” katanya.

Beliau berkata, rumah kebajikan itu menempatkan warga emas yang hilang ingatan dan tidak mempunyai waris dengan sebahagian besar mereka dirujuk hospital kerajaan di sekitar bandar raya ini.

“Tiada waris mencari mereka, malah usaha kami mendapatkan maklumat keluarga warga emas itu gagal.

“Kami turut menyediakan kemudahan fisioterapi kepada warga emas yang lumpuh dan menawarkan perlindungan secara percuma,” katanya.
 
jgn ikut budak muda tu pastu budak tu jadikan dia pape dah laa.. mati idup balik pon nyesal tak sudah
 
berita lama nie...
 
Back
Top
Log in Register