BTC USD 82,932.5 Gold USD 4,155.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

BoNUsss!!!

Daripada Abu Zuhair iaitu Umarah bin Ruwaibah r.a.,
katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Tidak akan masuk neraka seseorang yang bersembahyang sebelum terbitnya matahari dan sebelum terbenamnya," yakni shalat Subuh dan shalat Asar.

(Riwayat Muslim
)

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda:
"Barangsiapa pergi ke masjid pada waktu pagi atau petang hari, maka Allah menyediakan untuknya suatu hidangan di syurga, setiap kali ia pergi pagi atau petang hari itu."

Daripada Abu Hurairah r.a. pula bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda:

"Barangsiapa yang bersuci di rumahnya kemudian ia pergi ke salah satu dari beberapa rumah Allah - yakni masjid - untuk menyelesaikan salah satu shalat wajib dari beberapa shalat yang diwajibkan oleh Allah, maka langkah-langkahnya itu yang selangkah dapat menghapuskan satu kesalahan sedang selangkah lagi dapat menaikkan satu darjat."

(Riwayat Muslim)


Sengaja aku memperingati...
 
kenapa Asar paling penting....?????

bkn semua solat 2 penting ke.....~X( ~X(

p/s : tlg sy.ilmu xde lagi nie.....

semua solat penting... sebab tu dinamakan solat fardu... jika kurang penting disebut solat sunat...

cuma bezanya dari kebesaran fadilatnya....
 
Daripada Abu Zuhair iaitu Umarah bin Ruwaibah r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Tidak akan masuk neraka seseorang yang bersembahyang sebelum terbitnya matahari dan sebelum terbenamnya," yakni shalat Subuh dan shalat Asar.

(Riwayat Muslim)

jom Solat......!!!

Amaran kepada yg berugama ISLAM....jangan luper solat!!!
 
Back
Top
Log in Register