BTC USD 63,968.8 Gold USD 4,495.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bonus unik kakitangan

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
PRAGUE - Sebuah klinik di Prague, Republik Czech yang kekurangan kakitangan menawarkan pembedahan pembesaran payu dara dan pembuangan lemak sebagai bonus kepada jururawat yang mahu bekerja dengan klinik itu.

Jururawat, doktor dan setiausaha yang bekerja dengan klinik itu selama tiga tahun boleh memilih untuk melakukan pembedahan plastik secara percuma.

"Kaedah itu berjaya," kata seorang pengurus di klinik itu, Jiri Schweitzer.

Menurutnya, klinik itu kini sudah mempunyai kakitangan yang mencukupi dan terpaksa menolak banyak permohonan kerja.

Seorang jururawat, Petra Kalivodova yang berumur 31 tahun dan sudah bekerja selama empat tahun telah menjalani pembedahan implan payu dara.

"Saya sudah menyatakan kepada rakan-rakan mengenai kepentingan bekerja di sini," katanya.

Kebanyakan jururawat di negara itu lebih berminat bekerja di negara-negara Eropah Barat kerana faktor gaji yang tinggi. - AFP
 
ingatkan bonus kat malaysia tadi...... tapi, bonus yang ditawarkan tu lain mcm je....:eek:
 
emm
nk tungu 3 tahun la plak
kalau 3 hari xde ke?

 
ingatkan bonus kat malaysia tadi...... tapi, bonus yang ditawarkan tu lain mcm je....:eek:

Bonus yang buat customer tak bosan:))
 
eboss..
ko tak nak join ke kerja kat sana?..
boleh ler sedut yang mana patut.. :eek::eek:
 
ala.. ingt bonus kat negara kita ni.. ade ke kite bonus tah.. haha
 
Dahsyat punya bonus....
 
ni le rupanya gomen sekular....malaysia pun kalau tak dibendung.....sikit ari camni lerrrrr
 
Back
Top
Log in Register