surfer957
Super Active Member
- Messages
- 7,974
- Joined
- Mar 30, 2008
- Messages
- 7,974
- Reaction score
- 26
- Points
- 70
BINTANG James Bond, Daniel Craig yang bakal muncul dengan sekuel terkini James Bond, Quantum Of Solace tampil dengan kenyataan dirinya yang tidak selesa dengan adegan seks lakonannya dalam filem berkenaan.
Kata Daniel, dia benci dan rimas menanggalkan baju untuk melakonkan babak seks seperti yang diarahkan oleh pengarah sedangkan lakonannya diperhatikan ramai yang tidak dikenalinya di lokasi.
Menerusi Quantum Of Solace, Daniel juga diminta untuk berbogel dalam beberapa adegan asmara. Akur dengan tuntutan skrip, Daniel bagaimanapun mengakui berdepan kesukaran untuk menjiwai watak dan memberi penghayatan penuh emosi semasa berlakon.
"Anda pun tidak akan merasa selesa jika harus berasmara sedangkan dalam bilik berkenaan terdapat lebih daripada 10 orang yang tidak dikenali sedang memerhatikan anda.
"Bagaimana saya hendak menjadi lelaki yang seksi di atas katil jika setiap pergerakan saya asyik diperhatikan ramai.
"Saya akan selesa jika dapat menghalau mereka semua keluar dari bilik. Ada pelakon lain yang buat begitu, tapi saya tak sanggup," jelas Daniel seperti yang dilaporkan Hollywood.com.
