BTC USD 63,377.6 Gold USD 4,326.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bomba P.Pinang Siap Siaga Hadapi MTL

kupanglaut

Super Active Member
Messages
7,526
Joined
Jun 13, 2025
Messages
7,526
Reaction score
90
Points
80
14e485c1577ceca3624005d31cbbeb5068da28281e4f3


Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang dalam kesiapsiagaan penuh bagi menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula penghujung September hingga November ini.

Pengarahnya Mohamad Shoki Hamzah berkata lebih 800 pegawai dan anggota bomba di negeri itu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan bencana termasuk banjir besar dan fenomena kepala air yang kerap berlaku ketika musim tersebut.

"Kita sekarang musim peralihan iaitu berakhir musim Monsun Barat Daya dan Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) juga sudah keluarkan kenyataan yang bermula penghujung September hingga November beralih ke Monsun Timur Laut, jadi bomba Pulau Pinang berada dalam kesiapsiagaan paling tinggi.

"Bila musim Monsun Timur Laut, kita sudah tahulah ia sering membawa risiko hujan lebat berterusan yang boleh menyebabkan banjir besar, tahun lepas kita bernasib baik Pulau Pinang tidak mengalami banjir besar serta kita harap ia sama tahun ini, tapi kita sentiasa bersiap sedia kerana turut berlaku banjir kilat jika hujan lebat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau ditemui selepas Majlis Perasmian "Video Hotel Guest Fire Safety Awareness Program" peringkat JBPM Pulau Pinang yang dirasmikan Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Mohamad Shoki berkata antara langkah yang diambil adalah menjadikan Balai Bomba dan Penyelamat Mak Mandin sebagai pusat kecemerlangan aktiviti air bagi memperkukuh keupayaan logistik dengan penyediaan bot, unit utiliti serta latihan khas kepada anggota.

Beliau berkata pihaknya juga mengenal pasti 256 lokasi kerap banjir (hotspot) di seluruh negeri yang akan diberi perhatian khusus sepanjang MTL.

"Terdapat 41 kawasan (hotspot) masing-masing di daerah Timur Laut dan Barat Daya, Seberang Perai Utara (66), Seberang Perai Tengah (88) dan Seberang Perai Selatan (20), kami akan menumpukan pemantauan dan penggunaan sumber di semua kawasan panas ini untuk meminimumkan kesan banjir," katanya.

Beliau turut memberi amaran kepada penduduk dan pelancong supaya mengelak kawasan rekreasi air yang berisiko tinggi semasa MTL kerana bimbang berlaku fenomena kepala air secara tiba-tiba seperti beberapa kejadian di negeri lain sebelum ini.

 
Back
Top
Log in Register