BTC USD 62,895.4 Gold USD 2,659.77
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Boleh rentas negeri sambut Aidiladha 2020

raimiredmi

Freshie
Messages
7
Joined
Jun 28, 2020
Messages
7
Reaction score
0
Points
3
Kerajaan belum membuat sebarang keputusan melaksanakan semula larangan rentas negeri pada Aidiladha ini untuk mencegah penularan jangkitan Covid-19 yang kembali meningkat sejak kebelakangan ini.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, walaupun rekod keadaan semasa berkaitan penularan virus pandemik itu kembali meningkat, namun angkanya masih rendah.

"Belum ada keputusan macam itu lagi (kembali kuat kuasa larangan rentas negeri). Keadaan tidak bagus sebab kes meningkat tetapi kita masih lagi angka (kes baharu) yang rendah,"


obj23342123_1595416892.jpg


Beliau berkata demikian pada sidang media pada waktu rehat Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga, Parlimen ke-14, hari ini. Ditanya penanda aras untuk pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) termasuk pertimbangan angka kes harian mencapai tiga digit, katanya, tiada angka tepat diletakkan.

"Jika kes memuncak dan banyak, maka kerajaan mungkin terpaksa bertindak (laksanakan PKP) demi keselamatan semua orang.
"Itu yang kita tak nak berlaku sebenarnya. Sebab kita sudah lalui fasa di mana ekonomi terjejas, perhubungan terjejas dan sosial terjejas. Kita tak mahu benda itu berlaku lagi," katanya.

Sementara itu, katanya, kerajaan tidak menangguhkan sesi persekolahan pada tahun ini kerana prosedur operasi standard (SOP) terus dipatuhi.

"Hari ini adalah hari yang penting. Kumpulan terakhir anak darjah satu hingga darjah empat bersekolah semula.
"Memang kerajaan bimbang dengan suasana sekarang. Sebelum mereka dapat kembali ke sekolah, kita adakan SOP iaitu langkah pencegahan.
"Kita dapat lihat awal lagi apabila kita lepaskan pelajar tingkatan lima dan enam, kita melihat kepatuhan SOP dan saya juga ada melawat beberapa sekolah di Putrajaya," katanya.

Menurutnya, sewaktu pembukaan sesi persekolahan pelajar tingkatan lima dan enam itu sudah ditegaskan jika berlaku kes penularan Covid-19 maka sesi persekolahan akan dihentikan serta-merta.
"Alhamdulillah, pencegahan berjalan dengan baik. Maka sehingga kini tiada kes yang kita dapati berkaitan dengan sekolah.

"Usaha pencegahan yang sudah diambil sebelum ini akan memberikan manfaat dan menempuh kejayaan kepada sekolah.
"Jadi, (keputusan) nak tutup sekolah sehingga hujung tahun itu, tidak adalah begitu," katanya.

Hari ini, pembukaan semula sekolah di seluruh negara bagi murid Tahun Satu hingga Empat selepas ditutup sejak 18 Mac lalu selaras pelaksanaan PKP.
Terdahulu, sesi persekolahan murid Tahun Lima, Tahun Enam, Tingkatan Enam Semester Satu, kelas peralihan serta tingkatan satu hingga empat sudah dibuka pada 15 Julai lalu.

Mohon bersama kita berdoa agar hari perayaan umat Islam Aidiladha disambut dengan penuh kesyukuran di tahun 2020 ini

Sumber: Boleh rentas negeri sambut Aidiladha
 
Back
Top
Log in Register