BTC USD 82,950.2 Gold USD 4,144.52
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Boleh ke?

Langkah2 untuk berurusan:

1) Penjual dan pembeli deal harga sampai masing-masing puas hati
aku setuju bab puas ni..:))

2) Kedua pembeli dan penjual mesti BERSETUJU untuk guna khidmat aku sebagai orang tengah
yup.. mesti ada persetujuan

3) Penjual dan pembeli mesti PM kepada aku apa barang yang nak dibeli/dijual...harga yang telah dipersetujui dan di link tread mana kau orang deal
ok.. ini untuk rujukan tuan eboss

4) Pembeli BANK IN jumlah yang dipersetujui dan emailkan bukti bayaran kepada aku dan penjual hantar barang tersebut ke ALAMAT aku
ok.. ini bermaksud bila pembeli deal dengan penjual hari ni.. pembeli bank in duit hari ni kat eboss.. penjual hantar barang kat eboss.. so barang dijangka sampai paling lewat 2 hari guna pos laju..

5) Bila barang dah sampai aku akan buka dan periksa sekadar mana yang aku tahu sama ada barang tu betul atau tidak
eboss tolong verified bagi pihak pembeli..:D

6) Aku akan TRANSFER JUMLAH RM yang diberi oleh Pembeli kepada penjual
bila eboss puas hati dengan kuantiti dan kualiti barang.. duit yang pembeli bank in akan diserahkan kepada penjual..

7) Aku akan post barang kepada PEMBELI selepas PEMBELI bank ini jumlah cost Post barang tersebut
part ni macam tak berapa setuju.. sebab pembeli akan tanggung double kos.. bila kita beli online.. ada ketika penjual kata free shipping.. so sekarang disebabkan melalui orang pertengahan.. pembeli terpaksa bayar additional kos shipping pula.. ada ketika pula kos shipping ditanggung pembeli.. maknanya dengan menggunakan khidmat orang tengah.. pembeli terpaksa tanggung kos shipping dari penjual kepada orang tengah.. dan dari orang tengah kepada pembeli.. di sini pembeli tanggung kerugian..

8) Semua happy
memang happy..:)

9) Upah aku :D RM20 dah la untuk 1 urus niaga...duit minyak aku pi pejabat pos dan bungkus barang. Pembeli bayar semasa BANK IN BAYARAN POS :">
disebabkan eboss ada kenakan fee perkhidmatan.. maknanya bila barang sampai.. dah check dan puas hati.. pastu pos balik kat pembeli.. kalau ikut senario macam ni.. sepatutnya kalau guna perkhidmatan orang pertengahan.. barang akan delayed tak lebih 2 hari daripada beli direct terus daripada penjual.. melainkan eboss lambat buat pos..:D

10)HARAP ADMIN CG SOKONG USAHA KECIL AKU INI
rasanya admin akan sokong..:)cgrock

11) KALAU ADA YANG NAK MEMBANTAH DIPERSILAKAN :D
[/SIZE]
aku rasa tak perlu bantahan.. kat dunia ni macam2 perkhidmatan yang ada.. so kalau rasa perlukan perkhidmatan eboss.. deal dengan dia.. kalau rasa tak perlu perkhidmatan eboss.. tak perlu bantah dengan perkhidmatan ini.. aku percaya ada orang memerlukan perkhidmatan sebegini..

apapun.. good luck tuan eboss...:)paid:)cgrock
 
baca seround balik....aku tak deal dgn pemjual...pembeli dan penjual deal...bila depa dah sepakat nak guna service aku nie....pembeli bank in kat aku...penjual hantar barang kat aku...bila barang dah sampai dan seperti yg pembeli dealkan...baru aku bayar kepada penjual dan aku pos kepada pembeli...kalau aku tak terima barang duit pembeli aku kembalikan full

eboss, panjang sgt step tu....ini cadangan aku utk meringkaskan proses ni.

1. penjual dan pembeli deal
2. pembeli bayar kt eboss harga barang + fee.
3. eboss inform penjual duit dah terima dri pembeli.
4. penjual hantar barang DIRECT ke pembeli
5. pembeli inform eboss bila barang diterima dgn baik.
6. eboss transfer duit ke penjual.
7. done!
 
Rasanya kalau dah ada Certified Member sudah memadai.....bila la na dapat ni..huhu
 
eboss, panjang sgt step tu....ini cadangan aku utk meringkaskan proses ni.

1. penjual dan pembeli deal
2. pembeli bayar kt eboss harga barang + fee.
3. eboss inform penjual duit dah terima dri pembeli.
4. penjual hantar barang DIRECT ke pembeli
5. pembeli inform eboss bila barang diterima dgn baik.
6. eboss transfer duit ke penjual.
7. done!



oh yeah!! masa itu emas! :)paid:)paid
 
hahahaha eboss..., ok2 satu jalan penyelesaian jugak
 
kaedahnye...
bagus gak idea eboss ni.
sy yg nubi pun risau gak kalo kene scam.
kalo orang lamo dah jd org tgh, insyallah boleh slamat.

biar lambat asal selamat
 
eboss, panjang sgt step tu....ini cadangan aku utk meringkaskan proses ni.

1. penjual dan pembeli deal
2. pembeli bayar kt eboss harga barang + fee.
3. eboss inform penjual duit dah terima dri pembeli.
4. penjual hantar barang DIRECT ke pembeli
5. pembeli inform eboss bila barang diterima dgn baik.
6. eboss transfer duit ke penjual.
7. done!

aako setuju cara dia.. biaq tugas eboss cuma pegang duit buyer...:D xyah eboss susah2 g pejabat pos..buyer dah terima baru bagi kat seller..barang pun cepat sampai... then eboss just guna online banking plus upah sket...
 
Back
Top
Log in Register