BTC USD 63,476.2 Gold USD 4,482.88
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Boleh 'gua' sendiri bagi ranking?

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
“MENGAPA kamu berada di universiti ini?” Saya tanya pelajar saya yang bernama Abu.

“Kerana saya nak belajar,” jawab Abu.

“Kalau universiti ini tidak memberi kamu sijil atau skrol ijazah, adakah Abu masih ingin belajar di universiti ini?” saya tanya balik.

“Buat apa belajar lagi di universiti ini kalau tiada skrol ijazah diberi!” jawab Abu dengan selambanya.

Apakah nilai pendidikan bagi Abu? Adakah dia benar-benar ingin belajar? Sebenarnya Abu hanya menjual masa dan tenaga di universiti demi untuk mendapatkan skrol
ijazah.

Dia tak kisah pun sama ada dia faham apa yang dia belajar. Apa yang penting ialah dia kena kuatkan hafalan supaya dapat jawab soalan-soalan peperiksaan dengan berjaya.

Siapa kisah sama ada dia faham apa yang dia hafal. Bukan pensyarah tanya pun, yang penting ialah dia dapat jawab soalan dengan cara apa sekalipun. Apabila dah dapat keputusan peperiksaan yang baik, boleh simpan nota dalam kotak.

Ilmu berada di dalam kotak, bukan dalam dada. Inilah budaya pendidikan di Malaysia. Exam oriented, bukan knowledge and skills oriented.

Kita boleh minta ibu bapa uji bahasa Arab pelajar. Sijil kata dia dapat cemerlang. Tapi minta dia terjemah Surah al-Fatihah, kebanyakan akan geleng kepala.

Cuba bagi surat khabar Arab untuknya. Suruh dia baca satu isu perdana pada muka surat pertama. Apa yang dia faham? Kebanyakan akan seolah-olah kena stroke!

Apa yang hairannya ialah pelajar-pelajar dan ibu bapa seolah-olah terima the silent conspiracy, iaitu memilih untuk diam diri. Ibu bapa tidak bersuara mempersoalkan mengapa anak mereka dapat A dalam Bahasa Arab, tetapi tidak mampu membaca surat khabar Arab.

Ibu bapa tak perlu bergantung pun kepada ranking dunia untuk check sama ada prestasi pendidikan kita berkualiti atau tidak. Uji ilmu pengetahuan anak sendiri. Jangan obses dengan gred exam.

Kita boleh pergi ke universiti dan soal beberapa mahasiswa. Tanya apa buku ilmiah yang dia sedang baca. Jangan terkejut jika dia mengaku secara jujur bahawa dia tak gemar baca buku!

Juga jangan mudah tertipu bila pelajar berkata dia telah membaca buku ini dan itu. Cuba tanya tajuk buku dan penulisnya pula. Ramai pelajar membaca buku tanpa ambil kisah siapa penulisnya. Mereka tidak sedar pun mengapa penting mengenali siapa penulisnya.

Tetapi ada pelajar yang kuat hafalan. Mereka boleh bagi tajuk dan nama penulis buku. Ini adalah kerana ia adalah buku teks yang dipaksa baca! Kalau bukan buku teks pun, ada pelajar yang memang kuat hafalan tanpa pemahaman.

Cuba tanya tentang isi kandungan buku. ‘Apa isi buku?’ ‘Pelajar mungkin jawab secara umum, ‘Buku tentang psikologi’. Cuba tanya, ‘Dalam buku, aspek psikologi apa ia bincang?’ Jangan terkejut kalau pelajar masih jawab secara umum, ‘Ia bincang tentang jiwa manusialah’.

Satu lagi cara untuk check budaya pendidikan kita ialah cuba hadiri seminar ilmiah di universiti. Selepas seminar, cuba kira berapa pelajar yang tanya soalan dan beri komen. Saya pernah beri syarahan high level tentang dakwah di sebuah universiti.

Semasa Q & A, seorang mahasiswa tanya soalan, ‘Apa makna dakwah’? Jelas pelajar ini langsung tidak beri perhatian kepada syarahan saya walaupun dia berada dalam seminar sejak dari mula.

Daripada soalan-soalan dan komen-komen yang dilontarkan, kita tahu kualiti pendidikan. Ini pun kalau ada soalan atau komen. Selalunya senyap seolah-olah semua sudah faham. Atau tak kisah sebab tidak masuk exam.

Yang paling tragis ialah kalau persatuan pelajar buat syarahan ilmiah tinggi, hampir hanya AJK sahaja yang hadir. Kebiasaannya, persatuan pelajar universiti terpaksa memanggil penceramah-penceramah yang glamor, mampu buat lawak dan nyanyi untuk tarik crowd.

Tajuk ceramah pun kena bombastik. Kalau tajuk ilmiah seperti ‘Teori Perubahan Sosial Mengikut Prof Malik Bennabi’, rasanya hanya yang pensyarah suruh sahaja yang hadir.

Maka kerajaan jangan terkejut jika ramai mahasiswa agama yang menentang GST. Cuba tanya apa beza GST dan SST, kebanyakan hanya bagi respons pendek seolah-olah sudah hebat ilmu agama: “GST itu haram kerana tak disebut dalam al-Quran.”



sumber:http://www.sinarharian.com.my/kolumnis/xifu-naser/boleh-gua-sendiri-bagi-ranking-1.369495
 
Back
Top
Log in Register