BTC USD 84,443.3 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

BOLD and BRAZEN : Program jualan khinziaq besar besaran

The Room

Legendary Member
gem
Messages
11,068
Top Poster #4
Joined
Feb 18, 2018
Messages
11,068
Reaction score
1,299
Points
206
BUTTERWORTH – “Tempat lain mungkin tidak mahu, tidak boleh atau tidak berani menganjurkan promosi besar-besaran daging babi, tetapi Butterworth berani melakukannya.”

Demikian kenyataan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng berhubung program penjualan besar-besaran daging babi di bandar ini yang menyaksikan daging daripada 60 ekor babi habis dijual dalam tempoh hanya dua jam.

Menurut beliau, program berkenaan membuktikan rakyat Butterworth hidup dengan penuh maruah serta bebas mengamalkan budaya dan cara hidup masing-masing.

“Menyambut Festival Duanwu (Pesta Perahu Naga) dengan maruah, dan membeli daging babi juga dengan maruah.

“Memasuki tahun keempat penganjurannya, program ‘Promosi Daging Babi, Sambut Duanwu Dengan Gembira’ yang diadakan pada 14 Jun lalu berjaya menarik sambutan hangat.

“Dalam tempoh hanya dua jam, kira-kira 2,000 pengunjung membeli habis daging daripada 60 ekor babi yang dijual,” katanya menerusi satu hantaran di media sosial dalam bahasa Cina yang diterjemahkan menggunakan aplikasi ChatGPT.

Guan Eng berkata, walaupun program itu pernah menerima bantahan kerana melibatkan penjualan daging babi di tempat awam, beliau berpendapat membeli dan memakan daging babi merupakan hak serta kebebasan rakyat yang perlu dihormati.

Katanya, atas dasar itu beliau memutuskan untuk meneruskan program berkenaan dengan menyediakan peruntukan sebanyak RM100,000 bagi menyokong penganjurannya.

Beliau turut menegaskan Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum dan budaya, justeru setiap rakyat berhak membuat pilihan berdasarkan kepercayaan agama, tradisi budaya serta cara hidup masing-masing selagi mematuhi undang-undang.

“Selagi sesuatu aktiviti itu mematuhi undang-undang serta dijalankan dalam suasana harmoni dan saling menghormati, ia tidak seharusnya dipersoalkan secara tidak munasabah,” katanya.

Menurut Guan Eng, pihak penganjur telah mendapatkan permit daripada polis dan kelulusan daripada Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) sebelum program itu dijalankan.

Beliau berkata, masyarakat Cina membeli dan memakan daging babi bukanlah satu kesalahan, sama seperti pemasangan tanglung sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

“Yang benar-benar salah adalah perbuatan melanggar undang-undang seperti rasuah dan rompakan. Jika sesuatu itu tidak salah, maka kita harus berani melakukannya,” katanya.

Tambah beliau, program promosi daging babi itu berlangsung di gelanggang bola keranjang berbumbung Tokong Tua Pek Kong, Taman Selat, Butterworth dengan sambutan menggalakkan apabila ada pengunjung mula beratur seawal pukul 4.40 pagi.

Kata beliau, program tersebut dianjurkan oleh Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bagan dengan kerjasama Pasukan Sukarelawan Tang Lung Taman Baru Butterworth.

"Sebanyak 20 gerai mengambil bahagian menjual daging daripada 60 ekor babi. Daging yang dijual ditawarkan pada harga RM10 lebih murah bagi setiap kilogram berbanding harga pasaran.

"Pembelian hanya dibuka kepada warganegara bukan Islam yang memiliki MyKad, dengan had maksimum empat kilogram seorang, manakala bahagian perut babi dihadkan kepada satu kilogram bagi setiap pembeli," katanya. - MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Lim Guan Eng

IMG_2711.png
 
MB selangor xkan nk tgk saja.

Kasi lawaann. Buat lagi besar baru bermaruah.
 
bende nie sekadar nak perli org islam dan dari isu sblm ni

sbb tu jgn tanye kenapa Melayu islam benci DAPig musibat
 
nohh dok buat sale juai dagin pun beria nk umumkan ka.saja la tu nk perangat org muslim
 
Hidangan daging babi bak kut teh dah jadi makanan warisan Malaysia.

sekarang buat Program jualan daging babi secara besar-besaran di tempat awam.

Kesimpulannye,

Ini adalah Agenda DAPig nak Me-normalisasi Daging Babi di Malaysia, macam daging ayam.
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register