BTC USD 83,591.2 Gold USD 4,179.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

boikot suratkhabar the star

takkan ko nk harapkan orang lain je wt report..

ko dh tau kes tu ko pegi la report..

aku tau ko x suka org report atau boikot nie..

apa kata ko support je diaorang yang terbit

isu mcmnie :))

ada "kes" ke bro? takut nnt polis tangkap aku pulak buat laporan palsu :( ...kita xperlu support atau beli byk²..sama lah macam isu babi..kalau kita sokong buat kandang babi(atas dasar keadilan yang sama)..perlukah kita gi beli babi?

aku masih lagi baca the star hari nie..semalam pun ada byk kerja kosong kat the star...dah habis ketawa kan aku ke bro? kalau xhabis..gelak lagi puas² yer?...

p/s: islam galakkn kita mempersendakah orang lain ke ek?
 
takkan ko nk harapkan orang lain je wt report..

ko dh tau kes tu ko pegi la report..

aku tau ko x suka org report atau boikot nie..

apa kata ko support je diaorang yang terbit

isu mcmnie :))

ish bro jgn cakap cam tuh,aku kenal mamat ni nih,suke boikot,mana-mana ade thread boikot mesti die support,ngeh ngeh ngeh, kan joelabu kan? :)
 
surah 14-ibrahim ayat 33-36 juz 13

(33) Dan Dia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya. (34) Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku! jadikanlah negeri Mekah ini negeri yang aman dan jauhkanlah daku dan anak-anakku dari perbuatan menyembah berhala. (35) Wahai Tuhanku, berhala-berhala itu telah menyebabkan sesat banyak di antara umat manusia. Oleh itu, sesiapa yang menurutku (dalam Islam yang menjadi peganganku) maka dia adalah dari golonganku dan sesiapa yang menderhaka kepadaku (dengan menyalahi agamaku), maka sesungguhnya engkau Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani (kiranya dia insaf dan bertaubat). (36) Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Mekah) yang tidak ada tanaman padanya, di sisi rumahMu yang diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan sembahyang (dan memakmurkannya dengan ibadat). Oleh itu, jadikanlah hati sebahagian dari manusia tertarik gemar kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ) dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman, semoga mereka bersyukur.
 
surah 4-an-nisa ayat 43-45 juz 4

(43) Tidakkah engkau memerhatikan (wahai Muhammad) orang-orang yang telah diberikan sebahagian dari Kitab, mereka memilih kesesatan (dengan meninggalkan petunjuk Tuhan) dan mereka pula berkehendak supaya kamu juga sesat jalan. (44) Dan Allah lebih mengetahui berkenaan dengan musuh-musuh kamu, (oleh itu awasilah angkara musuh kamu itu) dan cukuplah Allah sebagai Pengawal yang melindungi, dan cukuplah Allah sebagai Penolong (yang menyelamatkan kamu dari angkara mereka). (45) Di antara orang-orang Yahudi ada yang mengubah (atau menukar ganti) Kalamullah (isi Kitab Taurat), dari tempat dan maksudnya yang sebenar dan berkata (kepada Nabi Muhammad): "Kami dengar", (sedang mereka berkata dalam hati): "Kami tidak akan menurut". (Mereka juga berkata): "Tolonglah dengar, tuan tidak diperdengarkan sesuatu yang buruk", serta (mereka mengatakan): "Raaeina"; (Tujuan kata-kata mereka yang tersebut) hanya memutar belitkan perkataan mereka dan mencela agama Islam dan kalaulah mereka berkata: "Kami dengar dan kami taat dan dengarlah serta berilah perhatian kepada kami", tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih betul. Akan tetapi Allah melaknat mereka dengan sebab kekufuran mereka. Oleh itu, mereka tidak beriman kecuali sedikit sahaja (di antara mereka).
 
tak terel mana pun..bahkan jahil lagi..aku pun dok mengaji lagi nie..nnt bro ajar lah ek?..kita boleh gi pejabat agama buat rujukan kat sana.. :">

bro epoi2405, pasal MPH tu xnak buat laporan kat polis ke? jual buku yang hina islam?...banyak tau buku ada ilustrasi pasal moses/noah(ada byk gambar bahtera)/jesus/etc...buku kanak² pulak tu?..


cerita skit pasal mph tu,nak tau,buku kanak2 yg camner?bahasa aper?pengarang?penerbit?inilah cara2 yahudi nak menyesatkan,so jaga2 lah keturunan kita supaya tak terpengaruh...

kalau kisah-kisah nabi,it's ok,as long yg benar dan tidak menunjukkan rupa(fizikal) nabi..salah..

bro boleh buat report kat balai berhampiran,report kena diutarakan ke kementerian penerangan dan telekomunikasi,serta pejabat agama jika ader unsur2 yg salah dan menghina...

p:s :tak pernah gi book store,perpustakaan ader lahh

:)cgrock :)cgrock :)cgrock
 
surah 4-an-nisa ayat 162-165 juz 4

(162) Sungguhnya Kami telah memberikan wahyu kepadamu (wahai Muhammad), sebagaimana Kami telah memberikan wahyu kepada Nabi Nuh dan Nabi-nabi yang diutus kemudian daripadanya dan Kami juga telah memberikan wahyu kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan Nabi Ishak dan Nabi Yaakub, serta Nabi-nabi keturunannya dan Nabi Isa dan Nabi Ayub dan Nabi Yunus dan Nabi Harun dan Nabi Sulaiman; dan juga Kami telah memberikan kepada Nabi Daud: Kitab Zabur. (163) Dan (Kami telah mengutuskan) beberapa orang Rasul yang telah Kami ceritakan kepadamu dahulu sebelum ini dan Rasul-rasul yang tidak Kami ceritakan hal mereka kepadamu dan Allah telah berkata-kata kepada Nabi Musa dengan kata-kata (secara langsung, tidak ada perantaraan). (164) Rasul-rasul (yang Kami telah utuskan itu semuanya) pembawa khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman) dan pembawa amaran (kepada orang-orang yang kafir dan yang berbuat maksiat), supaya tidak ada bagi manusia sesuatu hujah (atau sebarang alasan untuk berdalih pada hari kiamat kelak) terhadap Allah sesudah mengutuskan Rasul-rasul itu dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (165) (Orang-orang kafir itu tidak mahu mengakui apa yang telah diturunkan Allah kepadamu wahai Muhammad), tetapi Allah sentiasa menjadi saksi akan kebenaran Al-Quran yang telah diturunkanNya kepadamu. Allah menurunkannya dengan ilmuNya dan malaikat juga turut menjadi saksi dan cukuplah Allah menjadi saksi (akan kebenaran Al-Quran ini).
 
(12) Maka dengan sebab mereka mencabuli perjanjian setia mereka, Kami laknatkan mereka, dan Kami jadikan hati mereka keras membatu (tidak mahu menerima kebenaran). Mereka sentiasa mengubah Kalimah-kalimah (yang ada di dalam kitab Taurat dengan memutarnya) dari tempat-tempatnya (dan maksudnya) yang sebenar dan mereka melupakan (meninggalkan) sebahagian dari apa yang diperingatkan mereka dengannya dan engkau (wahai Muhammad) sentiasa dapat melihat perbuatan khianat yang mereka lakukan, kecuali sedikit dari mereka (yang tidak berlaku khianat). Oleh itu, maafkanlah mereka (jika mereka sedia bertaubat) dan janganlah dihiraukan kerana sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalannya. (13) Dan di antara orang-orang yang berkata: "Bahawa kami ini orang-orang Nasrani", Kami juga telah mengambil perjanjian setia mereka, maka mereka juga melupakan (meninggalkan) sebahagian dari apa yang diperingatkan mereka dengannya, lalu Kami tanamkan perasaan permusuhan dan kebencian di antara mereka, sampai ke hari kiamat dan Allah akan memberitahu mereka dengan apa yang telah mereka kerjakan. (14) Wahai Ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Kami (Muhammad s.a.w) dengan menerangkan kepada kamu banyak dari (keterangan-keterangan dan hukum-hukum) yang telah kamu sembunyikan dari Kitab Suci dan Dia memaafkan kamu (dengan tidak mendedahkan) banyak perkara (yang kamu sembunyikan). Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata keterangannya. (15) Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredaanNya dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang, dengan izinNya dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus.
 

Attachments

hmm... rajin epoi ni copy n paste terjemahan Al Quran...

rasanya lagi baik lagi kalau epoi sendiri dapat kongsikan pemahaman dia daripada terjemahan Al Quran yang dia nak kongsikan tu...

maksud aku... komen dia tentang apa yang epoi sendiri nak sampaikan maksud daripada ayat Quran tu...

sekadar pendapat...
 
Back
Top
Log in Register