BTC USD 62,941.6 Gold USD 4,460.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bohsia Sorok Budak

fine net

CG Top Poster Club
gem
Messages
43,408
Paid Membership
Joined
Apr 5, 2007
Messages
43,408
Reaction score
340
Points
136
KUALA LUMPUR: Seorang suri rumah kesedihan sejak lima hari lalu apabila anak perempuannya yang baru berusia sembilan tahun hilang, dipercayai dilari dan disorokkan seorang gadis 'bohsia' ketika dalam perjalanan ke sekolah di Sentul.

Nur Fatin Nabila Sulaiman, 9, dikatakan dipujuk gadis liar berusia 12 tahun terbabit supaya mengikutnya pada tengah hari Isnin lalu.

Selepas itu, Fatin yang tinggal di Flet Sri Perak di sini, terus ghaib menyebabkan ibunya, Kamariah Mohd Yusof, 40, kesedihan.

Usaha menjejakinya hingga kini gagal walaupun laporan sudah dibuat di Balai Polis Sentul, kelmarin.

Kamariah berkata, Fatin atau lebih mesra dipanggil Bella berjalan bersendirian ke sekolahnya kira-kira jam 1 tengah hari.

Bagaimanapun, katanya, dia mula bimbang apabila Bella tidak pulang ke rumah hingga jam 7 malam.

"Tambah membimbangkan apabila kakak Bella, Suhada, 14, memberitahu dia terserempak adiknya bersama gadis terbabit ketika membeli tepung beras di kedai berhampiran.

"Ketika itu, gadis terbabit yang tercicir persekolahan dikatakan menarik tangan anak saya meninggalkan kawasan berkenaan," katanya ketika ditemui Harian Metro di rumahnya, semalam.

Sejak itu, Fatin tidak dapat dipastikan sama ada masih berada di sekitar flet berkenaan atau sebaliknya.

Gadis terbabit dikatakan tidak bersekolah, malah pernah terbabit dengan gejala tidak sihat seperti mempengaruhi kanak-kanak merokok, lari dari rumah selain bergaul bebas dengan remaja lelaki.

Menurutnya, penduduk mengenali gadis terbabit yang kerap dilihat duduk melepak hingga awal pagi di kawasan taman berhampiran.

"Dia yang bertubuh agak besar tidak sepadan dengan usianya turut mempunyai ramai teman lelaki hingga menimbulkan sangsi di kalangan penduduk. Gadis liar yang petah bercakap itu gemar menyembunyikan kanak-kanak lain di tangga flet atau rumahnya.

"Setahu saya, dia pandai memujuk kanak-kanak untuk mengikutnya sebelum disorokkan beberapa hari. Tindakan itu menyebabkan ibu bapa penduduk di flet itu bimbang anak mereka menjadi mangsa," katanya.

Kata Kamariah, gadis terbabit turut gemar menghidu gam beramai-ramai serta mengajak rakan sebaya menyertai aktiviti liarnya dan memperkenalkan mereka kepada kumpulan remaja lelaki kaki lepak.

"Sejak Bella hilang lima hari lalu, saya tidak henti-henti mencarinya siang dan malam, selain melakukan solat hajat. Saya pernah ke rumah remaja terbabit untuk bertanya sama ada Bella ada di sana.

"Bagaimanapun, remaja terbabit bersama ibunya enggan bekerjasama dan sekadar mendakwa tidak tahu. Namun, saya tidak puas hati apabila terjumpa beg sekolah anak saya di rumah mereka," katanya.

Sebagai ibu, dia tambah bimbang apabila pakaian sekolah anaknya turut ditemui dalam beg sekolah itu.

"Saya mohon orang ramai yang melihat Bella supaya segera menghubungi polis atau membawanya ke balai polis berhampiran," katanya.

Kamariah yang bimbang kejadian kes kehilangan Nurin Jazlin Jazimin, 8, berulang berharap anaknya itu ditemui segera.


mcm2 hal skrg nie...:-?
 
bohsia umur 12 tahun??? sunhanallah...
 
ape laa nk jadi budak2 zaman skunk nie..
rusak..
 
umur 12 tahun dah rabak...?..mak aih.. :D
 
Seorang suri rumah kesedihan sejak lima hari lalu apabila anak perempuannya yang baru berusia sembilan tahun hilang, dipercayai dilari dan disorokkan seorang gadis 'bohsia' ketika dalam perjalanan ke sekolah di Sentul.

Nur Fatin Nabila Sulaiman, 9, dikatakan dipujuk gadis liar berusia 12 tahun terbabit supaya mengikutnya pada tengah hari Isnin lalu.

saper yang tulis berita neh?

mana dier tau bohsia?

mak budak 9 tahun tuh ker? atau jiran2?

apa bukti dier bohsia?

ni mesti berita dari surat khabar metro neh..

nak tarik minat orang baca...

tah haper2 tah strategi diorang... low class..

:(scam :(scam
 
tu la psl...aku just copy n paste je...jgn la mrh aku wie...uahhhhhhhhhhhhh
 
tu la psl...aku just copy n paste je...jgn la mrh aku wie...uahhhhhhhhhhhhh

bukan marah ko ler aper da...

kat tempat aku, ader sorang mamt tak betul sikit, then dier masuk umah orang...

yer ler.. orang giler kan... then tuan umah charge penghisap dadah pecah masuk umah dier...

tuan umah bukan tak kenal orang giler tuh... sajer nak menyusahkan mak bapak orang tuh.. sian.. dah ler orang giler...

pastu tulis dalam metro, penagih semakin berani...

aper da... diorang ni nak pulisiti murahan jer...

PS: betul kan berita neh ko amik kat metro.. klo bukan, malu aku..:">
 
bukan marah ko ler aper da...

kat tempat aku, ader sorang mamt tak betul sikit, then dier masuk umah orang...

yer ler.. orang giler kan... then tuan umah charge penghisap dadah pecah masuk umah dier...

tuan umah bukan tak kenal orang giler tuh... sajer nak menyusahkan mak bapak orang tuh.. sian.. dah ler orang giler...

pastu tulis dalam metro, penagih semakin berani...

aper da... diorang ni nak pulisiti murahan jer...

PS: betul kan berita neh ko amik kat metro.. klo bukan, malu aku..:">


btol la tu....ko nie tahu2 je...hahahaha...metro nie pn satu..nasib baik aku x beli lg surat khabar die....
 
apa tujuan dia culik bdk tu plak? mak bohsia tu pon leh buat x tau plak, sengal tol lah.. tah ape2 ler kes, x report polis ke? dah ada bukti jumpe beg skola anak dia, x pon ajak org2 kampung jer cari sama..

aku rasa menda2 camni bleh dielakkan kalu sesama rukun tetangga muafakat, org skang x mcm org dlu2, x ambil berat..
 
kalau dah tau sapa yang perlarikan budak tu, kan senang...kenapa polis tak ambik tindakan lagik....sedangkan dah jumpa beg sekolah dan jugak pakaian budak tu kat rumah suspek....
 
Back
Top
Log in Register