BTC USD 84,018.3 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bogel: JAIS bagi amaran

abis ler macm ni...siapa la tok guru dia..Sesat betul..
 
Adeh.. naper pilih nak bogel. pilih la cara lain sikit, yang lebih bernas or sesuai... adoi.. Pendek akal betul la
 
Wargh... Bogel beramai2 ingat depan pejabat suk tuh pantai kat israel ke nak bogel2... mUhHAHAHAHA :))
 
tok2 umeno senyap jer kan pasal isu berbogel nih...pastu mesti nak salahkan kerajaan negeri x pandai tadbir negeri kononnya ... yg mamat wat usul berbogel nih , otak kat kepala lutut..agama dah sepak ke tepi...

p/s - saje je buat usul atau nak raih populariti ?
 
SHAH ALAM 15 Nov. - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memberi amaran bertindak tegas terhadap Gerakan Reformis Rakyat Malaysia (Reformis) jika mereka meneruskan rancangan mengadakan demonstrasi berbogel di hadapan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

Amaran itu diberikan Pengarah JAIS, Datuk Muhammed Khusrin Munawi hari ini, yang turut menegaskan bahawa tindakan sedemikian bertentangan dengan ajaran Islam.

Ia reaksi terhadap kenyataan Presiden Reformis, Ramlan Abu Bakar semalam yang mahu meneruskan demonstrasi berbogel itu sebagai tanda bantahan kepada kerajaan negeri yang menaikkan kadar sewa penduduk Program Perumahan Rakyat (PPR) RM124 kepada RM250 sebulan.

Malah, kata Ramlan, mereka juga tidak berpuas hati terhadap agenda perubahan kerajaan negeri yang dikatakan tidak menguntungkan rakyat walaupun sudah lebih 300 hari mentadbir Selangor.

Ketika dihubungi hari ini, Muhammed Khusrin berkata, dari segi undang-undang, tindakan berbogel melanggar Seksyen 31, Enakmen Jenayah Syariah Selangor yang jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM1,000.

"Sebagai orang Islam, mereka (anggota Reformis) patut tahu batasan dan amalan yang ditegah dalam Islam dan berfikiran rasional kerana berbogel di khalayak ramai adalah salah dan tidak bermoral. Jika mereka teruskan juga, kita akan ambil tindakan tegas mengikut undang-undang sedia ada," katanya.

Sementara itu, Mufti Selangor, Datuk Seri Tamyes Abdul Wahid menyifatkan tindakan Reformis itu bertentangan ajaran Islam berhubung aurat lelaki mahu pun wanita.

Katanya, tindakan sedemikian menunjukkan betapa rendahnya moral serta martabat seseorang manusia.

"Biasanya tindakan berbogel ini dilakukan oleh mereka yang sudah hilang kewarasan untuk membezakan antara perkara baik dengan buruk. Sepatutnya, mereka boleh pilih jalan lain termasuk perbincangan dengan cara baik jika terdapat rasa tidak puas hati bukannya mengikut emosi sehingga mengenepikan ajaran Islam," ujarnya.

RM250 - RM124 = RM126 NILAI MARUAH MAMAT INI

:mad::mad::mad:

Pompuan je bulih bogel yg jantan sumer masukkan dalam ISA :eek:
 
X ada keja lain ker nak wat.. :-?
 
Back
Top
Log in Register