BTC USD 63,968.8 Gold USD 4,495.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bob lokman kena tahan..?

kapandikapan

Active Member
Messages
1,293
Joined
Sep 29, 2011
Messages
1,293
Reaction score
4
Points
25
Bob Lokman tiada tauliah
Oleh Siti Sofia Md Nasir

SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengesahkan membuat tangkapan terhadap selebriti yang juga pelakon dan penulis lirik, Bob Lokman kerana mengadakan ceramah tanpa tauliah di Masjid Sungai Lui, Hulu Langat, kelmarin.

Pengarah Jais, Marzuki Hussin, berkata Bob Lokman atau nama sebenarnya, Muhammad Hakim Lokman, 47, tidak memiliki tauliah dan tidak pernah memohon daripada Jais untuk memberikan ceramah kepada umum.

“Tangkapan dibuat berdasarkan maklumat awam. Bob Lokman ditahan mengikut Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Islam (Negeri Selangor) 2003,” katanya di sini, semalam.

Sementara itu, sumber Jais berkata selebriti itu bersama dua lagi iaitu Pengarah Pilihan Raya Pemuda Pas, Mohd Sany Hamzan dan nazir masjid berkenaan ditahan Jais ketika berucap selepas solat Maghrib di hadapan 70 jemaah.


Katanya, mereka dibawa ke balai polis berhampiran sebelum dilepaskan atas jaminan polis.


Bagaimanapun, katanya, Bob Lokman dan dua lagi rakannya gagal hadir di Ibu Pejabat Jais di sini, sebelum tengah hari semalam, walaupun diminta berbuat demikian.

SUMBER : METRO 12/10/2011

** nak buat camana......
 
mcm mcm hal.ceramah kebaikkan kena tangkap plak..
 
asik nk tangkap jer.....huh
 
Kena lah ada tauliah dey!
Buatnya si bob lokman ni sbnrnya golongan munafik...
Tak ke haru sesat jadinya pendengar...
Bukan nya xda golongan munafik ni, zaman perang uhud pon golongan munafik la yg gali lubang supaya nabi jatuh dan menyebarkn berita palsu tntang kematian nabi utk melemahkn smangat tentera Islam...

So, moral of the story...
Jgn disebabkan bila bob lokman ni bersama2 dgn Pas jadi kita nak anggap bob lokman ni semua betul...
Sedangkan dlm tentera Islam pon ada yg munafik, inikan pulak penyokong Pas...
Jadi, dptkanlah tauliah dulu...
Jgn gelabah...
 
Sedangkan dr asri yang bekas mufti pun kena tauliah,ni pulak bekas artis....

Tauliah ni undang-undang negeri...so folo je lah....

Bawak motor pun kena ada lesen,padahal sape-sape pun bawak naik motor...
 
Sedangkan dr asri yang bekas mufti pun kena tauliah,ni pulak bekas artis....

Tauliah ni undang-undang negeri...so folo je lah....

Bawak motor pun kena ada lesen,padahal sape-sape pun bawak naik motor...

posting dlm cg pon ada peraturan n undang2:D:D
 
senang cite kalo bawah tiket PR mmg kena tahan hahaha
 
mat rempit kehulu kehilir dgn moto bawak bohsia tu JAIS tak berminat sangat nak tangkap.. walopun lalu depan diorang...
 
dah lama tak nampak bob lokman dkt TV...dah tak laku agaknya :-?
 
Back
Top
Log in Register