BTC USD 81,862.2 Gold USD 4,141.10
Time now: Jun 1, 12:00 AM

BN terdesak

boey

Legendary Member
gem
Messages
15,508
Joined
Oct 10, 2007
Messages
15,508
Reaction score
57
Points
120
BN terdesak peralat siswa buat bancian PRU

Abdul Hannan Mohd Noh
Sat | Feb 16, 08 | 1:27:33 am MYT
Saudara Pengarang,
Assalamualaikum,

Saya ingin meluahkan rasa hati dan berharap pilihan raya kali ini kerajaan baru dapat dibentuk bagi menggantikan BN yang telah lama memerintah.

Tidak dinafikan memang banyak perubahan serta kemajuan dikecapi sepanjang pemerintahan BN, tapi semuanya lebih banyak menjurus ke arah kepentingan individu berbanding kepentingan rakyat.

Apabila negara menjadi tarikan pelancong, sepatutnya lebih banyak pengaliran wang daripada luar masuk.

Jadi, mustahil 100 peratus wang yang masuk itu adalah untuk kepentingan rakyat bersama. Ini petanda kiamat, iaitu apabila pemegang tampuk pimpinan negara bukanlah daripada kalangannya.

Daripada satu segi, memang semuanya adalah takdir dan telah ditentukan. Tapi berdasarkan corak pimpinan kerajaan sekarang, adalah mustahil kerajaan BA mendapat mandat bagi membentuk kerajaan.

Hal ini kerana, pilihan raya tidak telus dan SPR telah dikuasai BN. Jadi, sebarang kemungkinan boleh berlaku. Mereka boleh memutarbelitkan sebarang keputusan undi.

Siswa diperalatkan Umno untuk bancian PRU

Satu lagi, ada kisah yang menunjukkan kerajaan BN amat terdesak untuk menjajah Kelantan hingga sanggup memanipulasikan pelajar.

Adik saya memberitahu, walaupun beliau melarang saya menghebahkan hal ini, tapi demi kebaikan saya rasa perlu.

Dalam Januari lalu, adik saya telah disuruh kerajaan BN atas nama IPTA untuk membuat bancian di setiap rumah di Kelantan bagi mengetahui dalam sesebuah rumah itu berapa ramai yang boleh undi dan sebagainya.

Mereka telah diberi kereta untuk bergerak. Siap diberikan minyak petrol, wang saku untuk belanja dan penginapan di hotel.

Sayangnya tiada bukti yang dapat diberikan kerana menurut adik saya, selepas penerangan selesai, pelajar tidak dibenarkan membawa sebarang kertas atau sebarang rakaman, nota dan sebagainya untuk dibawa keluar dari dewan.

Menurut adik saya, dalam surat yang diterima melalui IPTA beliau, di kepala surat itu ada dituliskan kalau tidak silap (Urusan Politik IPT).

Tapi, saya kurang pasti. Apa pun lihatlah sikap kerajaan BN ini. Mereka sendiri melarang pelajar melibatkan diri dalam dunia politik. Tetapi, apabila semua ini ada kepentingan kepada mereka, maka semuanya diperbolehkan. --- aba. Cetak
 
yg ni memang betul, kakak aku yg dah tua pun diberi upah untuk buat bancian, sapa pangkah sapa, senang dorang nak tendang mana2 anggota pas dari dapat kemajuan, hampehhhhhhhhhhhhh
 
yg ni memang betul, kakak aku yg dah tua pun diberi upah untuk buat bancian, sapa pangkah sapa, senang dorang nak tendang mana2 anggota pas dari dapat kemajuan, hampehhhhhhhhhhhhh

makcik aku tiap tiap pilihanraya dapat duit...
tapi kena mengundi kat kelantan ler...tiket bas pun diorang tanggung...

no wonder sepupu aku nie jadi pemuda bahagian bachok...sebab masyuk katanya...(aku ada pertalian darah dengan awang adek)
 
Hebat juga ko ni ye? Dengan awang adek ada pertalian darah, dengan ADUN Sarawak pun ada. :D Kalau kenal awang adek, senang la nk balik keje kelantan nanti.
 
lebih dasyat lg tadi tv3 suku buat lintas langsung ceramah khairi pada mlm ni kat rembau:(scam :(scam :(scam siap buat pengumuman lg tu.
 
ak dgr bebdk IPT kat sabah ni yg berasal dr kelantan & terengganu dpt tiket flight MAS smpi negeri msg2 utk mengundi free ja dr UMNO... depa yg nk kena cntct pemuda UMNO kat negeri tu... ni mmg btl, sbb ade dh bebdk yg dh dpt tiket tu.. xcaye, korg tgu le kat airport nnt sekitar 7-8 mac nnt, ramai bebdk balik kg utk 2 hari ja... ikut kapasiti diorg ni sbgi student, mana logik nk beli tiket MAS dari sabah semata2 utk balik cuti 2 hari melainkan ade sumber kewangan dari pihak tertentu...
 
makcik aku tiap tiap pilihanraya dapat duit...
tapi kena mengundi kat kelantan ler...tiket bas pun diorang tanggung...

no wonder sepupu aku nie jadi pemuda bahagian bachok...sebab masyuk katanya...(aku ada pertalian darah dengan awang adek)

off topik: inbox ko penuh la bro.takleh nak PM
 
Hebat juga ko ni ye? Dengan awang adek ada pertalian darah, dengan ADUN Sarawak pun ada. :D Kalau kenal awang adek, senang la nk balik keje kelantan nanti.

hemm..skang dalam dilema...

tunang nak tarik sarawak...dia guna kabel sharifah modziah..

family aku dah duduk kl ler..

habis tamat latihan kerja 3 bulan je kat kelantan..lepas tu kena tarik kl balik...bosan le kalau duduk dalam keluarga penuh cable nie....tunggu PAS menang jer baru cable diorang putus.... baru aku merdeka
 
ak dgr bebdk IPT kat sabah ni yg berasal dr kelantan & terengganu dpt tiket flight MAS smpi negeri msg2 utk mengundi free ja dr UMNO... depa yg nk kena cntct pemuda UMNO kat negeri tu... ni mmg btl, sbb ade dh bebdk yg dh dpt tiket tu.. xcaye, korg tgu le kat airport nnt sekitar 7-8 mac nnt, ramai bebdk balik kg utk 2 hari ja... ikut kapasiti diorg ni sbgi student, mana logik nk beli tiket MAS dari sabah semata2 utk balik cuti 2 hari melainkan ade sumber kewangan dari pihak tertentu...

Bagusla tu, pakat balik ngundi. Orang bagi tiket flight free amik je. Tapi undi adalah rahsia :-$ :-$ :-$ :D :D
 
Back
Top
Log in Register