BTC USD 62,807.3 Gold USD 4,464.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

BN Sukar Menang PRU14 - Daim

مايكل سكوتفيلد

CG Top Poster Club
gem
Messages
25,580
Paid Membership
Joined
May 13, 2007
Messages
25,580
Reaction score
2,173
Points
261
Kesombongan BN akan menyebabkan kekalahan, kata Daim

Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin (gambar) mengkritik sikap sombong Umno dan Barisan Nasional (BN) sehingga menyebabkan kehilangan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) pada 2008 dan PRU13 pada 2013.

Daim berkata, masalah timbul apabila BN menang dengan majoriti besar pada 2004 dan mula lupa diri sehingga lupa janji manifesto mereka kepada rakyat.

"BN jadi angkuh, sombong, lupa diri dan lupa janji kepada rakyat tetapi rakyat tidak lupa."Itu sebabnya pada 2008 majoriti kurang dan 2013 lagi berkurangan."Dengarlah kehendak rakyat. Jangan ingat kerajaan tahu semuanya," katanya dalam laporan wawancara khas bersama akhbar Berita Harian, hari ini.

Pemimpin veteran Umno itu sebelum PRU12 pernah meramalkan kekalahan BN di Pulau Pinang, Selangor dan Kedah dan ramalan itu ternyata tepat.Katanya, dengan status quo yang ada, agak sukar BN menang lagi PRU pada 2018 jika masih tidak berubah.

"Nombor satu menteri, wakil rakyat dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) mesti mesra rakyat, jangan sombong dan apa yang berlaku pada 2008, jangan berlaku lagi."Rakyat sudah pandai menimbang dan bukan tiada pelajaran. Jika tidak ada perubahan rakyat akan ubah kitalah," katanya.

Tambahnya, BN juga perlu memperbaiki masalah mereka dan menang atas kekuatan sendiri, bukan hanya mengambil kesempatan atas kelemahan pembangkang.Masalah itu termasuk isu rasuah dan pembaziran wang kerajaan.

"Tengok sahaja dalam Internet. Itu bukan hanya persepsi tetapi pandangan orang luar," katanya.Pada masa yang sama, pandangan akar umbi parti sendiri juga perlu didengari kerana mereka yang memberikan undi.

Daim turut menasihati Umno-BN supaya turun padang mendengar keluhan rakyat melalui agensi kerajaan yang boleh memberikan maklumat sedemikian.

Namun beliau kecewa melihat dalam banyak situasi kerajaan takut untuk berbahas dan menjawab persoalan yang dikemukakan rakyat.

"Kita kena pasang telinga, pergi ke kedai kopi, ke pasar dan dengar apa yang pemandu teksi cakap," katanya. – 13 Jun, 2014. – 13 Jun, 2014.-tmi*
 
BN banyak juga kelemahan tapi Bn lebih bagus dari pakatan penipu..nak harap pada siapa pada pakatan??? pada PAS??? kirim salam..pas sekarang adalah HANYA UNTUK JATUHKAN UMNO,tidak kisah walau terpaksa buat apa saja semuanya halal janji HANYA UNTUK JATUHKAN UMNO, jikalau pakatan menang, PAS hanya mahukan jadi menteri agama saja, semua jawatan penting diberikan kepada cina kafir harbi dan Pkr,bayangkan apa yg akan terjadi pada islam dan melayu jika ini terjadi.sebab tulah seorang pemimpin pas ini berkata pernah berkata, bila pakatan berjaya mendapat putrajaya dia mahu letak jawatan dan jadi seorang nelayan.sebab itulah pas tak mahu jawatan menteri besar walaupun menang kerusi di selangor...sila nafikan jika aku katakan ini salah...ini lah fikiran yang amat amat *****..kita tidak boleh menyerahkan negara dan kuasa yg dimiliki untuk ditadbir oleh kafir harbi DAP bergitu saja, sudah pastilah mereka mentadbir mengikut cara kepentingan mereka.sedangkan pada masa kuasa masih ditangan kita pun mereka melalui persatuan2 dan perniagaan seolah2 bermaharaja .mereka sebenarnya amat amat amat amat amat amat amat amat amatbenci kepada melayu dan islam, pekong sebenar puak2 harbi ini akan terbuka bila mereka sudah mendapat kuasa..pada masa itu keluar air mata darah pun sudah tidak dapat kembali
 
Last edited:
bagi aku faktor utama BN hilang 2/3 pada 2008 dan 2013 adalah disebabkan faktor internet..
thn 2004 dulu dan tahun2 sebelumnya BN menang besar sebab penggunaan intenet tak meluas lagi..time tu kebanyakkan sumber maklumat diperolehi dari TV dgn Surat khabar je...TV3suku, utusan meloya time tu berjaya memainkan peranan diorg utk menyebar propaganda BN kat rakyat..
 
bagusla bn kalah pru14 nanti..:))
 
Yang duk undi BN ni org org tua.
Tunggu generasi muda layak menggudi. Generasi internet, bukan generasi UTUSAN, dan tv3 suku.
 
Sukar pun sukar lah labu, janji menang je pun!
Puak yg rasa senang tu pun sampai sut tak menang menang, apa kehe?~X(
 
Back
Top
Log in Register