afwan83
Active+ Member
- Messages
- 3,224
- Joined
- Aug 4, 2011
- Messages
- 3,224
- Reaction score
- 12
- Points
- 25
BN-PN mampu lepas majoriti mudah PRU16, kata Sng
Presiden PBM Larry Sng, berkata kerjasama BN-PN diramal sapu bersih semua negeri di Semenanjung, kecuali Pulau Pinang berdasarkan unjuran semasa. (Gambar Facebook)
Sng berkata, justeru situasi itu menjadikan gabungan memerintah di negeri Borneo, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), tidak lagi akan menjadi ‘kingmaker’, terutamanya jika berlaku senario Parlimen tergantung.
Bekas ketua PKR Sarawak itu turut menambah, berdasarkan unjuran semasa, pakatan BN-PN bakal menyapu bersih negeri Semenanjung, kecuali Pulau Pinang.
“Jumlah keseluruhan kerusi dimenangi BN-PN pada PRU 2022 ialah 98 kerusi. Angka ‘ajaib’ membentuk kerajaan 112. Hanya 14 lagi kerusi Parlimen diperlukan.
“Tanpa mengambil kira jajaran politik parti di Malaysia Timur dari Sabah dan Sarawak, saya percaya berdasarkan unjuran semasa, berkemungkinan besar BN-PN senang meraih majoriti mudah selepas PRU16,” katanya dalam hantaran di Facebook.
BN, PN, dan Pakatan Harapan (PH) bersaing di 171 kerusi Parlimen pada PRU lalu, di mana sebahagian besarnya terletak di Semenanjung, termasuk 86 kerusi mempunyai komposisi 65% pengundi Melayu.
Pilihan raya itu membawa kepada Parlimen tergantung dengan PH menang 82 daripada 222 kerusi, diikuti PN (74), BN (30), GPS (23), dan GRS (enam).
BN, GPS, dan GRS kemudiannya menyokong Pengerusi PH Anwar Ibrahim membentuk kerajaan Madani sebagai perdana menteri.
Sebelum ini, penganalisis politik meramalkan PRU16 bakal menyaksikan keputusan hampir sama dengan tiada satu pun parti memperoleh kerusi mencukupi membentuk kerajaan secara bersendirian.
