BTC USD 85,826.3 Gold USD 4,140.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

BMW E90 320i 2007 - used

SAlam Lebaran Semua !!! Hari pertama buka PC selepas bercuti, memang betul-betul menduga kesabaran......

1. Pergh, aku bukan scammer....terima kasih, aku punyalah berkorban (macam-macam) demi kreta dan duit 50k tu hingga dapat ganti rugi (325i).

2. Aku broker kereta. Menjanjikan semua yang di dalam landas pengalaman dan kelaziman perniagaan yang aku jalankan. Tapi bila ada halangan-halangan luar skala, memang aku kalah kerana benda ni semua di luar kawalan aku.

3. Untuk sesiapa sahaja yang berurusan dengan aku dan Tristar MH Rayyan Autonet Sdn. Bhd. tolong dapatkan penjelasan dari kami dan tidak mendengar sebelah pihak sahaja.

4. Shazjr akan dapat juga kereta beliau dengan gantirugi (partner aku upgrade kereta dia). Ada sesiapa yang concern about berapa banyak ganti rugi yang company kena tanggung demi nak puaskan hati satu pihak demi mengelakkannya dari berkata buruk kepada kami ?

5. Untuk kes Shazjr, saya tidak mendapat satu sen pun setelah proses gantirugi dibuat. Thanks.

6. Aku tetap broker kereta dan menjalankan perniagaan macam biasa. Customers are welcomed.

7. Aku sangat kecewa bila sedar Thread BMW e90 used ni dah masuk ke dalam Scam&Alerts.

8. Waimah apapun aku redha.



Maaf Shazjr saya tidak pernah scam anda....:(

salam bang,
jangan silap fhm, aku xnmpk pn bro shazjr kata bro SCAM. :)paid
cuma dia mungkin risau sebab selalu tertangguh. #:-S

prkara ni pn dh selesai, myb MOD akan alihkn thread ni ke tempat asal. jangan terasa hati bang, adat berniaga mmg ada sedikit sulit mcm ni. :(

semoga maju dgn bro pnya bisnes.
:)cgrock
 
start deal dr deposit pd 28/7 lagi.. Masa tu TT terus submit loan kat bank. Tp bila salinan AP yg diberi tu tak clear, then bank request yg baru. So partner TT terpaksa la berurusan dgn MITI.. Kena plak masa tu baru start puasa, ramai la cuti, so tunggu la.. Bulan puasa plak katanya gomen slow wat kije.. Nak push sgt, nanti susah nak berurusan di lain hari.. So dorg disuruh tunggu & tunggu sampai la dah dekat nak raya hari tu.. Tu pun partner TT hari2 dok kejar kat MITI tu.

Dah abis citer psl miti, submit balik pd CIMB. Bank plak mcm berat nak lulus loan aku sbb diberitahu kete tu nak dibawa ke sabah (yg ni bank dpt tau dr TT, aku tak pernah ckp apa2 dgn bank).. So utk elakkan kelewatan, TT pindahkan loan aku ke RHB. Actually kete tu masih dlm finance.. So bila masuk balik loan dekat2 nak raya hari tu, mmg tak sempat pakai raya..

So aku nak kasitau kat sini yg aku tak pernah kata TT nak scam aku.. Cuma yg mungkin buat aku sikit bengang ialah jalah janji punya janji, tp sampai masa, suruh tunggu lg. So lepas sembang pjg dgn TT & partner TT 2-3 hari sblm raya hari tu, baru la semua cerita ni keluar.. Rupanya mmg susah nak deal used car ni berbanding kete baru sbb melibatkan byk pihak.. So skrg partner tt dah setuju utk tukar kpd 325i year 2008 unregistered & kali ni dia sendiri janji 2 minggu dr semalam. apa2 pun maybe lewat dlm seminggu since aku nak register kete tu guna plat melaka..

So aku harap semua cool down dulu & pd yg mendoakan aku tu terima kasih byk2.. Semua org mengharapkan yg terbaik..

salinan geran & mmg dah ada pd tangan aku.. Kete tu pun mmg aku dah pegi check sendiri kat bengkel member aku & mmg dorg confirmkan condition tip top spt yg TT advertise..

tq bro mahir79.. Aku akan check detail semua tu utk kete baru ni. Used car sblm ni tu mmg aku dah check geran, result test puspakom, even dah bawa kete tu ke bengkel kwn aku. So far tak nampak unsur penipuan dlm tu. Cuma maybe delay dr segi release kete jer la psl owner lama nak tunggu loan lulus dulu. Anyway thanks again

Spt yg aku kasitau sblm ni & aku highlight kat atas tu, aku tak pernah kata TT dah scam @ cuba nak scam aku.. so kalau TT rasa aku dah cop dia scammer, aku mintak maaf banyak2.. aku pun dah sms TT td minta maaf pd dia personally..

Aku dah cuba terangkan apa yg berlaku mengikut apa yg aku tau masa tu & clarify balik once aku dpt maklumat terkini.. Cuma skrg aku harap yg terbaik...
 
Thread moved ke section 'Vehicles Sale/Rent'

diharapkan selepas ini pihak pembuka thread dapat update apa yg patut di thread anda agar perkara sebegini tidak berlaku lagi.

penjual dan pembeli memainkan peranan penting dalam thread seperti ini.

semoga urusan anda berjaya dan dipermudahkan Allah

tk
 
Maaf Shazjr saya tidak pernah scam anda....:(

pembeli takde sebut pun tuan scam dia ke apa.

yg ckp scam adalah forumer lain.

thread dipindah adalah sbg alert. biasanya selepas pembuka thread beri penjelasan, thread akan dipindahkan kembali.

harap tuan tony tak terasa hati. slmt hari raya.

hamba sejak tuan buka thread ni, sy melihat dgn penuh minat. mmg berminat dgn kereta ni. luit pun ada utk d/p. cuma sy tgh tunggu testominial dr customer yg dah berjaya beli je.

kalo shazjr dpt kereta dia, maybe, maybe sy akan kontek tuan. :)paid
 
maybe shazjr gelabah sangat pasal tak dapat kereta sebagaimana yg dijanjikan tepat pada masa dan juga posting2 yg dipaparkan kat sini, sebab tu laa forumer lain mengatkan yg TT ni scam walaupun shazjr tidak pernah mengatakan demikian...

apa2 pun, moga dipermudahkan urusan kali ni, dah dapat keter jgn lupa tepek gambar kat sini, may be yg lain akan excited berurusan dgn TT plak...:)):))
 
Kalau dah tak scam...aku pun nak sebijik

NOR_2024P2.jpg



:)paid:)paid:)paid​
 
maybe shazjr gelabah sangat pasal tak dapat kereta sebagaimana yg dijanjikan tepat pada masa dan juga posting2 yg dipaparkan kat sini, sebab tu laa forumer lain mengatkan yg TT ni scam walaupun shazjr tidak pernah mengatakan demikian...

apa2 pun, moga dipermudahkan urusan kali ni, dah dapat keter jgn lupa tepek gambar kat sini, may be yg lain akan excited berurusan dgn TT plak...:)):))

Hahaha aku kah yg gelabah itu?? :D:D

Info yg terkini, masih menunggu kelulusan bank atas application aku since skrg ramai gak staff bank yg masih cuti.. hopefully dpt result minggu ni atau awal minggu dpn.. Pd masa yg sama, aku dah proceed dgn no plat melaka tu & insyaallah selesai dlm 1-2 hari ni.. :)cgrock:)cgrock
 
bagus la kalau camtu..kalau semua berjalan lancar dan telus, aku yakin bisnes TT leh maju..ramai kat CG ni duk usha ni..cuma tunggu testi jer..:D
 
Back
Top
Log in Register