BINCANG CINCAI BLOG PERCUMA VS BLOG DOT COM
Topik Bincang Cincai Punya :
#1 Hasil Komisen Dari Traffik Menipu? - In Progress (20%)
#2 Surat Jualan Membunuh Idea Copywritting Menipu? - Next phase!
#3 Testimonial Pembeli Pon Kelentong ke? - Next phase!
Ada topik menarik?Kasik post sini kita bincang gaisss!
#1 Case Study Blog - AffiliateXUSD
#2 Case Study Blog - BisnesOnPay
- Selesai setup pada 6/5/2020
- Tunggu results SEO
( Akan dimaklumkan )
#3 Case Study Blog - DuitAppsGames
- Selesai setup pada 5/5/2020
- Kedudukan ranking setakat 22/2/2020
#3 Case Study Blog - EASBayarCukai
- Selesai setup pada 6/5/2020
#4 Case Study Blog - CBMethod
- Selesai setup pada 7/5/2020
- Results image dalam Google setakat 30/5/2020
#5 Case Study Blog - Bisnes Makanan
- Selesai setup pada 7/5/2020
- Results SEO setakat 12/5/2020
- Done! Kurang 1 minggu sahaja. Alhamdulillah. Bai Bai ya blog
LATEST RESULTS :
#6 Case Study Blog - JualanPRO
- Selesai setup pada 15/5/2020
- Tunggu results SEO
( Akan dimaklumkan )
#7 Case Study Blog - Surat Perjanjian
- Selesai setup pada 19/5/2020
- Tunggu results SEO
( Akan dimaklumkan )
#8 Case Study Blog - OrderSini
- Selesai setup pada 20/5/2020
- Tunggu results SEO
( Akan dimaklumkan )
#9 Case Study Blog - BISNESEBAY
- Selesai setup pada 10/5/2020
- Ranking setakat 28/5/2020
- IN PROGRESS! Alhamdulillah...
EBOOK PERCUMA - SILA DOWNLOAD DIBAWAH INI :
1- EBOOK PERCUMA V1.0 DISINI - LIST BLOG COMMENTS PERCUMA
2- EBOOK PERCUMA V1.1 DISINI - AKAN DATANG
KOLEKSI BINCANG CINCAI KEDAI KOPI PAK BELALANG!
dloanman
pengalaman den 2008 bljr buek duit dgn blog ;
- blajar buat blog percuma target 1 niche shj
- beri info percuma utk 1 niche shj
- sentiasa update artikel weekly
- link kan blog tu dgn web 2.0 yg lain utk trafik & seo
- buat backlink utk seo
- target keyword utk seo
- etc
RESULTS - boleh jana pendapatan dpd adsense/affiliate bulanan
syarat ;
- kerja keras tanpa henti utk update blog dgn artikel yg fresh
- elakkan beli traffik @ jgn main adsense arbitrage sbb dgn 4-5 acc adsense den kena tutup bila google mengamuk
ekekeekekeke
dloanman
Keyword longtail antara yg mudah utk rank blog ke 1st page Google. Blogspot n WordPress antara free blog yg power.
dloanman
tapi blog percuma ni ada masalah spt dibawah;
- google boleh remove/delete jika ada org komplen
- alamat blog yg di remove tak boleh digunakan lagi (dlm masa tertentu)
- mgkin jika slps setahun baru alamat tu bleh diguna
dibandingkan dgn 5-10 thn lalu ;
- skrg agak susah nk rank blog percuma ke 1st page google sbb algorithm serp yg berubah2,
- kecuali kita bertemu dgn niche yg amat sikit skali carian dlm internet & kita dpt dominasi niche tu
- video sites lbh bnyk dpt trafik skg
Baik... den nak share pengalaman test utk dptkan trafik sampah ke blog+video+produk affiliate
Ingat zaman video seks anwar? den nk test keyword 'video seks anwar' adakah akan dapek bnyk trafik
apo yg den buat;
1. buat blog atas keyword 'video seks anwar ibrahim'
2. copy smua artikel terkini ttg video seks dkt paper online & paste ke blog tu, update hari hari
3. buat video simple pakai windows movimaker & upload ke youtube/dailymotion/metacafe berita ttg anwar
4. share link blog & video ke semua web2.0
hasil testing dlm seminggu den semak dgn googletrends;
- ribuan trafik ke blog termasuk komen
- puluhan ribu trafik dkt video
tapi dpd puluhan ribu trafik tu, sales produk affiliate tak sampai 3% pun (den promote produk klikjer)
jadi lps test seminggu, den tutup akaun video & delete blog tu sebab;
- tujuan nya hanya nk test trafik keyword 'video seks anwar ibrahim'
- lbh banyak keburukan, trafik banyak tapi komen2 jahat, nanti dosa aku yg tanggung
itulah ajo yg buleh den kongsi
AKHIR2 INI DEN NAMPAK;
- banyak org amik kesempatan buek vlog tanpa pedulikan info tu betul@tipu@fitnah
- copy paste berita isu2 panas & upload ke youtube
- tujuan utk dapek trafik yg banyak utk view+klik iklan
- dgn harapan dapek income adsense yg banyak giler di ujung bulan
hubaya2 sekalian, berhati2lah dgn income internet yg banyak masyuk$$ dari youtube, tapi diragui status duit tu, takut2 kito dapek duit tu atas berita jahat yg kito sebarkan
dloanman
# TEKNIK TRAFFIK VIA VLOG @ YOUTUBE DAN LAIN-LAIN
tak dinafikan, utk tarik trafik produk ubat kuat, ramai yg buat ;
- iklan lucah video+blog
- blog lucah utk tarik trafik
- video lucah utk tarik trafik
memang boleh dapek sales riban2 USD tapi duit tu tak berkat jang
yg paling elok den tengok ado org buek ;
- buek video/blog & kasi info/tips percuma ttg mslh seks/rmhtangga,
- tumpukan pd keywords2 niche mslh seks/rmhtangga yg berkaitan yg slalu org search
- tak tunjuk gambar2 lucah dlm video/blog mslh seks/rmhtangga
style ni den tabik spring
yg ni agak lebih baik
santes
- #1 TOPIK - HASIL KOMISEN DARI TRAFFIK MENIPU
Halal dan Haram.. Whitehat dan Blackhat.. Greyhat dan sebagainya telah dibincangkan oleh TT dan sahabat2 kita yg lain dalam thread ni (boleh rujuk semula previous page). Menurut intipati yg boleh saya kaitkan dari perbincangan tersebut, kesalahan itu bukan hanya meletakkan content2 berunsur lucah dalam blog untuk meraih trafik. Sebenarnya antara kesalahan yg acapkali kita buat (ataupun mungkin saya sorang yg pernah buat) ialah mengambil content dari laman lain. Tidak kira sama ada berbentuk teks mahupun imej, video dan sebagainya. Itupun dianggap sebagai kesalahan. Dalam bahasa melayunya disebut sebagai
Mencuri. Dah nama mencuri tentulah satu kesalahan. Itu baru bercerita tentang kandungan yg terbuka. Apatah lagi kalau curi gambar dlm laman yg
"No Right Click", atau bertindak memadam ataupun Crop bahagian yg ada nama pemilik. Dlm ertikata lain kandungan yg terang2 kita boleh anggap pemilik tak beri izin utk diambil.
Ada dari kalangan kami yang menyatakan bahawa mereka meletakkan kredit pada setiap gambar (sebagai contoh) yg mereka
curi sama ada dari Google mahupun terus dari laman web lain. Maka diterangkan dalam perbincangan itu cara sebenar meletakkan kredit seperti berikut:
1- anda melihat satu gambar yg sangat menarik dari sebuah laman web.
2- anda menghubungi pemilik laman web berkenaan untuk meminta izin meletakkan gambar tersebut di blog anda.
3- pemilik tersebut memberi keizinan kepada anda/ ataupun terdapat pemilik yang agak 'berkira' memberi keizinan kepada anda berserta syarat anda meletakkan kredit kepada beliau.
Itulah cara yg bersih, suci & halal yg dikatakan.
Bukannya cara seperti berikut. (cara yg selalu orang amalkan)
1. anda melihat satu gambar yg sangat menarik dari sebuah laman web.
2. anda meletakkan gambar tersebut di blog anda dan meletakkan kredit pemilik dibawah gambar tersebut. Tindakan meletakkan kredit ini adalah disebabkan anda bimbang jika satu masa nnt pemilik tersebut terjumpa blog anda dan mempertikaikan tindakan anda tersebut.
Buat dulu, minta izin kemudian. Dalam bahasa yg mudah faham: prepare siap2 sebelum kena bambu dgn pemilik sebenar. Pernah berlaku kepada seorang sahabat saya. Tiba2 owner gambar tulis kat ruangan komen "
Gambar ambik kat mana? Kredit??"
Apabila berlaku kemasukan sumber2 yg tidak halal begini, maka boleh juga dikaitkan dgn topik yg dibuka oleh TT iaitu
Hasil Komisen Dari Sumber Trafik Menipu. Sebab itulah wujudnya istilah copyright, copyscape, copysusu & copy pak belalang dan sebagainya pada semua kandungan dlm internet ni.
Itu baru cerita gambar. Belum video.. belum line streaming.. belum link siaran Astr* yg kita curi lps tu trafik dtg menderu setiap Jumaat mlm Sabtu.
NEXT INPUT DARI ANDA AMATLAH DIPERLUKAN!