BTC USD 80,569.4 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Blog Kaki Pancing

ujung feb nie nak ke kole koh... kalau ada rezeki aku amik gambar ikan2 kat saner... pas tuh leh ler ko publish... :S

man,
jom gi cheras,.... dgr pasal extre****n :D

ko ke yg dlm gambar2 tu?
 
ok bro hehehe aku dah chek

PANDUAN MEMANCING

MEMANCING adalah hobi yang santai. Ia membawa anda kembali kepada alam, kedamaian jiwa dan minda. Justeru, hobi ini perlu dipraktikkan dengan penuh etika untuk mencapai keselesaan dan kedamaian serta memperoleh tumpuan. Berikut adalah beberapa panduan bagi memastikan anda dalam keadaan selesa, selamat dan memperoleh tangkapan terbaik bagi setiap trip memancing. Yang penting, anda benar-benar seronok memancing!

1.Jangan meminum arak – Ini tindakan bijak untuk mengelakkan pelbagai perkara buruk berlaku di lokasi pancing. Walaupun kononnya minum arak bakal mengundang kegembiraan sebenarnya perbuatan itu bukan saja menyusahkan diri sendiri malah rakan, tekong dan orang tersayang yang anda tinggalkan di rumah.Adalah lebih baik anda meminum lebih banyak jus buah-buahan, air mineral dan minuman ringan lain. Malah bagi sesetengah trip, meminum air karbonat mampu mengatasi sebu angin dalam perut sekali gus muntah.

2.Pada sebelah malam atau ketika berada dalam cuaca sejuk, minum lebih banyak minuman panas seperti kopi, minuman tenaga dan tonik. Ini bagi memastikan anda kekal hangat dalam cuaca sejuk itu.

3.Jangan berkira soal membeli makanan bertenaga dan berkhasiat terutama untuk dibawa ke lokasi pancing. Tenaga diperlukan untuk anda melakukan pancingan dasar, pancingan berumpan atau pancingan layang. Malah memancing adalah aktiviti fizikal yang memerlukan banyak tenaga. Jika anda mula terasa lapar, letih atau lesu, ini mula mengundang fikiran anda untuk balik ke rumah.

4.Jangan sekali-kali lupa membawa topi sekali pun anda tidak mahu memakainya. Sekalipun anda mungkin lasak dan mampu melalui panas terik tetapi topi mungkin diperlukan jika hujan atau sebelah malam. Kepanasan sebenarnya turut melemahkan badan. Jadi dengan bertopi atau memancing di tempat yang terlindung, ini akan menjimatkan tenaga anda!

5.Pastikan anda sentiasa dalam keadaan bersih dan kering. Sebab itu, pemancing yang naik sentiasa membawa tuala tangan atau memakai sarung tangan bagi memastikan tapak tangan bersih. Cuci tangan serta-merta selepas memasang umpan seperti dedak, cacing dan ikan. Ini untuk mengelakkan anda menggunakannya bagi memegang makanan atau minuman.

6.Sentiasa berhati-hati ketika berada di tebing sungai, tali air, atau laut terutama ketika musim hujan. Tebing ketika itu licin dan anda mungkin tergelincir. Ingat, jatuh tergelincir akan menyebabkan pelbagai bentuk bahaya dan kecederaan. Malah tahap paling serius anda mungkin lemas dalam air!

7.Jika ada nyamuk, agas atau serangga lain yang menggigit, anda boleh menangani dengan menyapu permukaan kulit yang terdedah dengan salap (balm) anti-serangga. Anda benar-benar tidak boleh memancing jika asyik melayan nyamuk atau agas!

8.Jika anda berhasrat memancing dengan meranduk air, pastikan anda tahu di mana hendak berehat seketika bila badan gatal. Sebab itu, pastikan anda memakai salap, pakaian bersih dan kering untuk mengelak gatal.

9.Jangan membawa terlalu banyak perkakasan di lokasi pancing sehingga anda umpama dihalau dari rumah. Bawa yang perlu dan berkongsi dengan rakan adalah cara terbaik mengurangkan beban.

10.Jika anda bermalam di lokasi pancing, pastikan anda membawa perkakasan lengkap untuk tidur seperti beg tidur, kelambu, pangkin mudah pasang dan khemah. Jangan memperjudikan badan dengan tidur di atas timbunan rumput, daun atau tikar.
 
yg maner satu? ada gambar aku... tp yg byknyer... gambar kawan2 ler.... cameraman maner ada gambar....:eek: :eek: :eek:

ko ke yg dlm gambar2 tu?
 
yg maner satu? ada gambar aku... tp yg byknyer... gambar kawan2 ler.... cameraman maner ada gambar....:eek: :eek: :eek:

meh ler kongsi sama nih aku ambil gambar mat top masa dia pi kenyir korang nak tau lebih2 tanya tuan punya badan

Salam semua....

kali nie, kita cerita trip ke kenyir utk tahun 2007. akhirnya setelah banyak kali tertunda, tercapai juga hajat tahun ini utk meneruskan tradisi memancing di tasik kenyir.

trip kali ini hanyalah 2 malam sahaja.... tidak seperti kebiasaan, 4 hari 3 malam.... kali ini, tarikh 25 - 27 August menjadi pilihan....

Perjalanan ke tasik kenyir dimulakan dengan berkumpul di rumah ajak di kolej kedua UTM, di jalan rejang setapak jaya....Dijangkan semua akan berkumpul pada pukul 10.00 malam. walau bagaimanapun, seperti biasa... ada juga yang lewat sampai. Akhirnya hampir pukul 11.00 malam baru bertolak.

Yang istimewanya kali ini, sapong pun datang..... walaupun dah tak der dah lesen utk memancing di tasik kenyir (lesen dah mati... heheh..heheh..) dia datang untuk hantar kami bertolak.... tima kasih sapong.... sedih ko tak dapat pegi....

trip kali ini hanya 8 orang.... termasuk 2 ahli baru yg pertama kali joint.... ralim dan naim. ahli2 lama pula terdiri daripada ajak.... syed.... nizam.... sukimin.... tyco dan azrul...

Perjalanan ke kuala berang dirasakan amat singkat... heheh..heheh.. sebab aku tido jer dlm perjalanan tuh...

sampai di masjid di kuala berang dlm puluk 5.30 pagi.... sambil menunggu azan subuh, kami merehatkan diri...... selepas subuh.... dan selepas cerah... terus ke pasar pagi kuala berang utk sarapan dan membeli barangan dapur sbg bekalan...

selesai semua, bertolak ke jeti di empangan sultan mahmud tasik kenyir... bot bergerak dlm pukul 10 lebih.... kali ni tak dapat naik bot pok wi, naik bot jusuh... pak deris yg bawak.... bot nie OK.... selesa.... cuma slow sangat... dekat 5 jam baru sampai ke kuala tergan....

sampai sahaja... terus mancing ler.... petang tuh... ajak... ralim... naim dan nizam... gi mancing di sungai perpet.. yg lain tinggal di bot...

sepeninggalan kami... pak syed telah berjaya menaikkan seeokr bapak toman seberat 5.5 kg....

kat sini tak der kerja lain.... makan dan mancing jer.... beratus2 lampam menjadi mangsa kami....

keesokkan petang pula nizam berjaya jugak mendapat raja kelah... kira kategori besar juga... 2.4kg rasanyer....

antara ikan2 lain yg berjaya kami perolehi... lampam... tengas... rong... belida... dan baung...

jumlah tangkapan utk 2 malam kira banyak juga lah.. penuh 2 coleman... heheh..hehhe... tuh tak termasuk toman yg telah dikorbankan disana....

27hb kami bertolak balik ke jeti.... dan terus ke kuala lumpur.... sampai di kolej kedua UTM dlm pukul 8.45 malam.... selesai bagi ikan semua pun pulang ke rumah masing2 dengan hati yang gembira....

Tasik Kenyir....Insyallah tahun depan kami akan datang lagi......

antara gambar2 kenangan kami kali ini....

15810512.jpg

15772737.jpg

15772696.jpg

hehehehe besau ikan ko bro

15772732.jpg

bro nanti aku upload lg hehehe tq bro mat top
 
fotopages tak leh amik gambar cam tuh jer.... heheh...

ada update sket di fotopages... last trip ke kuala koh.... singgah2 lah di http://rokiahbahari.fotopages.com

kaki pancing leh juga masuk sini.... www.lubuk.net :D

Sesiapa ingin mengikut trip naik bot sekitar lukut sila PM saya.. Hanya satu kekosongan. Kos = rm55 termasuk bot, umpan dan minyak kereta ke sana.. Masa = 630 pagi hingga 700 malam
 
Back
Top
Log in Register