Jenis-jenis Ikan Air Tawar - 1
JENIS-JENIS IKAN AIR TAWAR - 1
Loma/Lomah-Thynichthys thynnoides
Ikan ni biasanya boleh didapati di tasik2 dan lombong di sekitar Malaysia.Selalunya dalam satu kumpulan yg besar,selalu di salah anggap sebagai kumpulan Sebarau yg sedang boiling.Diet utamanya plakton dan tumbuhan2 air.
Sebarau-Hampala macrolepidota
Ikan yg menjadi idaman kaki2 casting semua.Biasanya boleh didapati di tasik2,lombong2 dan juga sungai2 di Malaysia.Diet utama adalah anak2 ikan dan juga udang.
Bagoh-Puntius lateristiga
Ikan yg mendiami sungai berjeram,berbatu dan juga air2 terjun di sekitar malaysia,boleh di jinakkan menggunakan gewang2 kecil dan juga cengkerik & cacing.
Tengas-Neolissochilus hexagonolepis
Ikan yg nendiami sungai2 berjeram di Malaysia.Ikan ni complicated sikit,byk genus dia..yg ni biar otai2 terangkan,tp yg dlm gbr ni kalau tak silap hexagonolepis,tengas yg biasa kt sungai2 berjeram.Umpan yg selalu di gunakan,perut ayam,cengkerik,kelapa sawit,anak udang dll.
Toman-Channa micropeltes
Samseng air tawar,antara ikan yg terkuat dan menjadi idaman kaki pancing semua.Mendiami tasik2,sungai2 dan lombong2 di Malaysia.Diet utama ialah ikan dan mcm2 lagi,di lombong2 sekitar Perak saya ada dengar pemancing menggunakan umpan anak itik untuk menjinakkan toman2 monster..tak sanggup saya..untuk kaki2 casting ikan ini mmg menjadi buruan kerana kekuatannya.