APAKAH BITCOIN MINING?
Dalam sistem kewangan tradisional, wang diterbitkan oleh Bank Negara (di Malaysia) dan staf bank merekodkan setiap deposit dan wang keluar daripada akaun bank.
Tetapi Bitcoin, seperti yang kita tahu, tidak mempunyai mana-mana autoriti untuk menerbitkan Bitcoin. Bitcoin juga tidak mempunyai akauntan untuk merekodkan semua transaksi yang berlaku dalam jaringan mereka.
Jadi bagaimana Bitcoin dicipta? Dan bagaimana semua transaksi Bitcoin diluluskan dan direkodkan?
Jawapannya ialah kedua-duanya berlaku dalam proses mining.
Para miner memproseskan transaksi (memeriksa, meluluskan serta merekodkan) Bitcoin dengan menggunakan komputer mereka untuk menyelesaikan masalah matematik. Proses ini ditermakan sebagai mining. Jadi mining itulah caranya Bitcoin baru diterbitkan dan juga cara bagaimana semua transaksi Bitcoin direkodkan.
(Gambar yang disertakan ialah gambar Antminer S5, S7 : Sejenis komputer yang digunakan khusus untuk mining Bitcoin.)
Dan untuk menjelaskan situasi dengan sejelas-jelasnya, mining inilah satu-satunya cara bagaimana Bitcoin diterbitkan. Ini bermakna semua Bitcoin yang telah wujud dan akan wujud terbit hanya melalui proses mining sahaja. Jadi semua cara mendapatkan Bitcoin yang saya kongsikan sebelum ini – beli, jual, faucet dan hadiah – sebenarnya adalah untuk mendapatkan Bitcoin yang telah diterbitkan oleh miner.
Jadi sebenarnya terma mining itu mungkin kurang tepat. Oleh sebab tugas mereka yang sebenarnya adalah untuk memproses dan meluluskan transaksi, mungkin terma ‘pakar memproses dan meluluskan transaksi (PMMT)’ lebih tepat kut!
“Mengapakah miner melakukan semua kerja ini?” anda mungkin bertanya.
Jawapannya adalah apabila miner berjaya menyelesaikan masalah tersebut (iaitu memproseskan dan meluluskan transaksi), miner menerima ganjaran 12.5 Bitcoin sebagai upah mereka. (Pada permulaannya dulu, ganjaran itu ialah 50 Bitcoin per blok. Ianya dibahagi dua menjadi 25 Bitcoin pada bulan November 2012 dan kemudian dibahagi dua sekali lagi menjadi 12.5 Bitcoin pada bulan Julai 2016. Pembahagian dua dalam Bitcoin ini memang sudah ditetapkan dan di tanam oleh penciptanya, Satoshi Nakamoto. Beliau menetapkan ganjaran setiap blok dibahagi dua setiap 210,000 blok diterbitkan. Jadi pembahagian dua yang berikutnya dijangka berlaku pada 13 Jun tahun 2020.)
Para miner juga mendapat sedikit ganjaran dalam bentuk fi yang dikenakan untuk memproseskan setiap transaksi dalam blok. Buat masa ini, fi itulah adalah rendah. Tetapi fi ini dijangkakan akan naik sikit apabila semua Bitcoin telah diterbitkan pada 2140. Malah fi itulah yang akan menjadi satu-satunya ganjaran miner kerana waktu itu Bitcoin baru tidak akan diterbitkan lagi. Tetapi oleh sebab 2140 adalah lebih 120 tahun di hadapan, anda tidak perlu pening kepala memikirkan tentang poin ini lagi!
Nak Jadi Miner????
Nak melombong bitcoin bersama bitclub network??
jom contact saya 0174999790