NILAI BITCOIN JATUH; PENGKRITIK GEMBIRA!
1. Nilai Bitcoin telah naik, naik dan terus naik sejak saya mula menulis tentangnya di Fan Page ini pada bulan Ogos tahun ini. Dari $2,731 pada 1 Ogos, ianya telah melintasi paras $9,700 pada 27 Nov! Kenaikkan ini adalah teramat hebat, to say the least!
2. Saya sudah tentu amat gembira dengan prestasi yang super ini dan lebih gembira kerana dapat berkongsi sedikit sebanyak ilmu tentang Bitcoin dengan pembaca Fan Page ini dan pembaca ebook Rahsia Bitcoin. Saya berharap yang ilmu tersebut telah menolong anda untuk memahami Bitcoin dengan lebih jelas, dan juga membuat pilihan pelaburan yang lebih baik.
3. Dalam masa yang sama, saya pasti ada pengkritik yang menggelengkan kepala melihat kenaikkan nilai ketara Bitcoin ini. Mereka tak faham mengapa nilainya boleh naik sebegitu rupa dan malah mungkin tak mahu faham.
4. Saya tahu mereka hanya menunggu untuk harga Bitcoin jatuh supaya mereka boleh berkata “I told you so!” Masa itu MEREKA PASTI AKAN TERSENYUM GEMBIRA SERTA MENAYANGKAN BALIK PRINTSCREEN KOMEN2 SAYA TENTANG BITCOIN!!!
5. Sebenarnya, mereka tak perlu tunggu sebab saya mengaku yang nilai Bitcoin akan jatuh satu hari nanti. Saya tahu ianya akan berlaku sebab nilai semua pelaburan – saham, unit amanah, emas, hartanah – tidak naik dan terus naik saja; nilainya akan naik turun. Jadi nilai Bitcoin juga akan jatuh satu hari nanti.
6. But don’t get too excited when that happens, dear critics, sebab saya juga tahu yang NILAINYA AKAN NAIK KEMBALI TAK LAMA SELEPAS KEJATUHAN TERSEBUT! Saya tahu ini akan berlaku kerana senario yang sama telah berlaku berkali2 sebelum ini (refer printscreen). Setiap kali nilai Bitcoin jatuh, ia akan naik kembali beberapa hari atau minggu kemudian. Always have, always will.
7. Malah kejatuhan nilai itu memberikan peluang kepada ramai pelabur yang betul2 memahami Bitcoin untuk menambahkan pelaburan mereka! Ya, itulah masanya untuk kita membeli Bitcoin dengan harga yang lebih rendah.
by azizi ali
contact saya untuk kumpul bitcoin skang
0174999790