PERLOMBONGAN BITCOIN IALAH PROSES UNTUK MENDAPATKAN BITCOIN MELALUI PROSES PERLOMBONGAN DIGITAL
Secara puratanya, setiap 10 minit, satu Blok Bitcoin akan terhasil dan menjadi reward kepada orang yang melombong.
Pada permulaan iaitu pada tahun 2009, 50 Bitcoin baru akan terhasil setiap 10 minit.
Setiap 210,000 Blok yang mengambil masa lebih kurang 4 tahun, ia akan berkurangan separuh kepada 25 Bitcoin per Blok.
Selepas 210,000 Blok berikutnya yang berlaku pada bulan Julai 2016, ia berkurangan lagi kepada 12.5 Bitcoin per Blok (kita di Fasa ini).
Dan ianya akan berterusan berkurang separuh (halve) setiap 4 tahun sehingga tahun 2140.
Pada masa itu, tiada lagi Bitcoin baru akan terhasil dan hanya akan terdapat 21 Juta Bitcoin di dalam dunia.
So, Bitcoin will always be rare. Sepertimana emas yang telah habis digali, ianya menjadi semakin bernilai tinggi.