TAK KENAL MAKA TAK CINTA
1. Pengkritik yang tidak mempelajari Bitcoin memang pelik mengapa pelabur atau pengguna Bitcoin begitu pro-Bitcoin. Pengkritik tak faham mengapa Bitcoin begitu bernilai. Pengkritik tak mengerti bagaimana sesiapa saja boleh menjadi miner dan menerbitkan Bitcoin. Pengkritik enggan percaya yang Bitcoin tak boleh ditiru atau diterbitkan sesuka hati. Dan malah setelah diterangkan mengapa jaringan Bitcoin adalah selamat, pengkritik masih tak mahu percaya!
2. Pengkritik tak faham semua ini sebab mereka tak mempelajari Bitcoin dan oleh itu tak dapat tangkap akan kebaikkannya. They don’t get it. Kes tipikal ‘tak kenal maka tak cinta!’
3. Situasi ini lebih kurang sama dengan mereka yang tak pernah main bolasepak, dan sudah tentu tak pernah menjaringkan gol. Mereka pelik mengapa sekumpulan lelaki dewasa hampir hilang akal apabila mereka dapat menjaringkan gol sehinggakan berpeluk-pelukan dan malah bercium sesama mereka! Critics don’t get it because they have never scored a goal.
4. Hanya apabila pengkritik mempelajari Bitcoin, barulah mereka akan sedar akan kebaikkan Bitcoin dan mengapa semakin ramai orang yang menerima Bitcoin.
5. Untuk kebajikkan mereka, saya berharap yang kesedaran itu akan berlaku dalam hari2 terdekat. Jika tidak, nilai Bitcoin melebihi RM50,000 dan pengkritik masih tertanya-tanya!