rheumatoid
Fun Poster
- Messages
- 658
- Joined
- Oct 21, 2009
- Messages
- 658
- Reaction score
- 15
- Points
- 15
Anda terlalu sibuk? Tiada masa untuk belajar berkenaan Bitcoin dan menggunakannya? Tak tahu di mana nak mula? Anda ada 2 minit?
Mari Abam terangkan kepada anda berkenaan asas penggunaan Bitcoin dalam masa 2 minit.
Apakah itu Bitcoin?
Bitcoin adalah sejenis mata wang digital, yang dikawal oleh komuniti dan bebas dari kongkongan kerajaan atau bank. Perkara yang paling penting berkenaan Bitcoin adalah konsep decentralization, iaitu tiada satu institusi pun yang mengawal Bitcoin ini. Bitcoin ini dihasilkan sebagai ganjaran jika dapat menyelesaikan masalah matematik, di mana ia menggunakan tenaga elektrik untuk mengira jawapan kepada masalah tersebut. Maka, tidaklah benar untuk mengatakan Bitcoin hanyalah scam dan penipuan kerana untuk menghasilkan Bitcoin memerlukan penyelesaian masalah matematik yang kompleks dan penggunaan tenaga elektrik.
Bitcoin tidak wujud dalam bentuk fizikal.
Ada 3 sebab utama penggunaan Bitcoin.
Pertama, transaksi Bitcoin adalah pantas berbanding transaksi bank biasa, terutamanya untuk transaksi antarabangsa. Jika untuk transaksi antarabangsa, ia mengambil masa sehingga seminggu lebih, jika menggunakan Bitcoin ia hanya mengambil masa dari 10 minit hingga 30 minit sahaja untuk pengesahan transaksi Bitcoin.
Kedua, transaksi Bitcoin adalah murah. Yuran transaksi Bitcoin adalah kurang dari 1 USD (RM 4.23), berbanding sehingga € 50(RM 49.28) untuk transaksi antarabangsa. Ini adalah sangat menjimatkan kepada pengguna Bitcoin, terutamanya untuk melakukan transaksi antarabangsa kerana yuran transaksi Bitcoin yang sangat murah.
Ketiga, Bitcoin adalah sepenuhnya milik anda. Ia tidak dikuasai oleh mana-mana institusi, maka ia tidak boleh ditarik balik atau dimanipulasi oleh satu pihak sahaja. Harga Bitcoin adalah sepenuhnya ditentukan oleh faktor pasaran, berbanding matawang biasa yang kita gunakan di mana ia dikawal dan dipengaruhi oleh kerajaan.
Anda boleh menyimpan Bitcoin anda di dalam Bitcoin wallet. Aplikasi wallet adalah ibarat dompet digital, di mana ia digunakan untuk menyimpan mata wang digital anda. Dan pastikan anda mempunyai Bitcoin wallet dahulu sebelum membeli Bitcoin anda. Terdapat pelbagai jenis Bitcoin wallet, antaranya untuk Desktop wallet, Mobile wallet, Online wallet, dan Hardware wallet. Online wallet adalah paling mudah untuk pengguna baru menyimpan Bitcoin.
Nak merasa bagaimana mempunyai Bitcoin anda sendiri? Cara yang paling mudah adalah menggunakan khidmat exchanger.
Dah habis 2 minit kan? Sekarang anda pasti dapat memahami secara kasar tentang penggunaan Bitcoin.
Ada boleh komen dalam bentuk soalan, fakta, atau apa saja penambahan ilmu berkenaan Bitcoin diruangan komen. Nanti ada Sifu2 yang akan mengiakan dan menjawab permasalahan tentang Bitcoin.
Abam sekadar memberi nilai tambah tanpa ada apa2 kepentingan. Sila jangan kecam Abam yang serba kekurangan dan hanya berkongsi sedikit ilmu anugerah Allah SWT.