MENGAPA SAYA BEGITU PRO-BITCOIN
1. Saya menulis post ini untuk menerangkan mengapa saya begitu pro-Bitcoin, dan untuk menjelaskan yang saya tak ada sangkut paut dengan mana2 scam, termasuk scam yang menggunakan nama Bitcoin.
2. Saya pro-Bitcoin kerana saya telah membuat extensive research tentangnya – membaca berpuluh buah buku, mengikut kursus di Udemy, temu ramah pengguna dan miner, dan paling pentingnya, gunapakai sendiri.
3. Conclusionnya ialah saya dapati Bitcoin bukan hanya satu sistem pembayaran maya tetapi ianya lebih baik daripada mata wang kertas. Ianya murah, cepat, user-friendly, selamat, efektif dan efisien. Itulah sebabnya saya pro-Bitcoin. (Sila rujuk post2 yang terdahulu untuk mengetahui kebaikkan Bitcoin dengan lebih lanjut.)
4. Jika ianya biasa2 saja, sudah tentu saya tak akan begitu pro-Bitcoin. Saya tak akan menggadaikan nama dan reputasi saya untuk mana-mana produk atau instrumen yang biasa-biasa.
5. Dah sudah tentu jika ianya satu scam, saya pasti akan mengexposekannya sebagai scam sepertimana yang saya lakukan kepada Swisscash, Genneva, Pegasus Bullion, HGR, Emas Delay, Mecca Fund dan UFun. Malah sayalah yang akan mengepalai expose tersebut!
6. Jadi kesimpulannya, Bitcoin is a super product – itulah sebabnya saya begitu pro-Bitcoin.
-azizi ali- pakar kewangan