BTC USD 86,279.2 Gold USD 4,362.29
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bisnes Meniaga nasi ayam

Hai TT bagus la ada usaha untuk buka kedai. Jangan pandang sewa/lokasi/pro con semua tu.
Cuba dulu sebab tak terikat kontrak.
rm10 atau rm7.50 tu kecik sangat perbezaan.

Yang paling penting crowd. Customer ramai ada peluang buat jualan banyak.

Buat streamer/banner kecik pon tak apa janji orang nampak. Desing paling simple yang penting ada menu dan harga.Harapkan waiter promote memang tak la ni bukan kfc/mcd

Menu banyak sangat. Better 2 pilihan je. Biasa RMxx / Special RMxx. Harga TT macam mahal untuk kedai yg tak dikenali/baru.

Menu banyak, stok lagi banyak, kene buat kerja lagi banyak . Yg mungkin akan makan modal.

Sekadar pendapat berdasarkan pengalaman.

Nanti update la tt mcm mana
 
wahh menarik TT, aku pun ada plan nak bukak kedai camni, Semoga Maju TT!!
 
Hai TT bagus la ada usaha untuk buka kedai. Jangan pandang sewa/lokasi/pro con semua tu.
Cuba dulu sebab tak terikat kontrak.
rm10 atau rm7.50 tu kecik sangat perbezaan.

Yang paling penting crowd. Customer ramai ada peluang buat jualan banyak.

Buat streamer/banner kecik pon tak apa janji orang nampak. Desing paling simple yang penting ada menu dan harga.Harapkan waiter promote memang tak la ni bukan kfc/mcd

Menu banyak sangat. Better 2 pilihan je. Biasa RMxx / Special RMxx. Harga TT macam mahal untuk kedai yg tak dikenali/baru.

Menu banyak, stok lagi banyak, kene buat kerja lagi banyak . Yg mungkin akan makan modal.

Sekadar pendapat berdasarkan pengalaman.

Nanti update la tt mcm mana

saya dah update menu..
ejas kaler bagi trrang sikit..
tulisan saya besrkan sikit..
menu sy ringkaskan sikit..


√ Nasi Ayam Hainan Panggang
√ Nasi Ayam Hainan Original
√ Nasi Ayam Hainan Combo Special


Bab harga tu mmg tak boleh nak turun..
sebab nasi ayam sy kos agak tinggi..

terima kasi tuan bg idea.. tq tq tq
 
2 hari meniaga..

1st day..
Periuk nasi problem..
Nasi hangit..
Nasi masak suis tak tendang..
Gi baiki..

2nd day..
Nasi jadi mentah
Suis nasi tendang awal
Tak perasan sebab atas masak
Bahagian bawah yang mentah
Dah serve 5 org baru ada yg komplen
Terus balik ambil kukusan
Kukus balik nasi
Alhamdulillah dah ok

Tapi itulah
1st day laku 8 pinggan
2nd day laku 14 pinggan
 
Hari ini ngn esok ambil cuti..
Nak setting balik stall..
Dan nak buat promotion kaw²

Ada idea nakbuat promotion mcm mana?

Yang ada dalam kepala :
• Ptg ni edar flyers kat area Shopping Mall
• Esok 3 kali edar flyers, lokasi sama
• Iklan ke group² whatsapp & group FB

Cuma sy tak tahu mcm mana nk dptkan feedback.. Mungkin bagi kod promo tp dgn syarat kena whatsapp? Bagi diskaun atau bg free puding ke.. Jadi dalam flyers & iklan² kat group tu, letak CTA whatsapp untuk dptkan kod promo.. OK tak?

Idea²..
 
Untuk stall sy dah order spotlight kecil dan LED strip.. Bagi nampak meriah sikit..

Nnt nak diy lightbox, tulis jer nasi ayam hainan.. letak atas stall..

Satu lg masalah stall ni agak ke dalam.. sebab kat luar tu dah penuh.. Ada tmpt kosong pun ada sinki.. Jadi kena tarik perhatian lebih sikit..
 
cw ni ok ke..?

~~~~~~~~~~

ANDA PEMINAT NASI AYAM?
PERNAH MAKAN NASI AYAM HAINAN?

SOALAN SAYA, pernahkah anda lihat nasi ayam yg ayamnya juicy sehingga menitis air sewaktu digantung..

Pernahkah anda makan ayam yg terasa rempahnya sampai ke dalam dan lembut hingga ke tulang..

Pernahkah anda makan nasi ayam yang ayamnya dipanggang dan dihidangkan dengan sup herba serta kicap khas, lain dari nasi ayam yang anda pernah makan

~~~~~~~~~~

BAYANGKAN sekiranya anda boleh menikmati nasi ayam seperti di atas hanya di Seri Iskandar.. Tak payah pergi jauh².. Rasa yang unik, sedap, lain dari nasi ayam yang ada di Seri Iskandar ini. Kalau anda penggemar nasi ayam, anda WAJIB cuba nasi ayam kami !

~~~~~~~~~~

Mulai 7/1/2020, Nasi Ayam Lejen mula beroperasi di Mastergrill, Seri Iskandar. Dibuka setiap hari kecuali hari Isnin. Mulai jam 5.30 petang - 11.30 malam..

Untuk promosi pembukaan kami, kami akan beri percuma lauk tambahan untuk setiap pinggan nasi ayam selama 3 hari, dari 7hb sehingga 9hb Jan 2020.. Special secret menu ni~ :)

~~~~~~~~~~

Untuk dapatkan lauk percuma anda, anda perlu wasap kami dengan klik >> http://PromoNasiAyamLejen2020.wasap.my

Ingat! Wasap cepat².. Promosi ada limit harian tau~
 
Back
Top
Log in Register