1)tapak kena betul2 cun - biasanya area food court cina lah.
2)skill bakar sate paling penting.
-asap mmg kena elakkan/pusing2 atau balik2kan sate jgn terkial2

(paling tidak 5 cucuk sekali genggam utk balik2 sate tu)
-nak hidupkan bara(arang) pun kena ada cara klu tak sate nnt ada 'perisa tambahan'

-kena tau penjimatan arang semasa bakar sate
3)klu ambil dr pembekal pastikan sambal kacang tu ubahsuai sikit.
-sekadar cadangan,sila tambahkan secamca sambal tumis dlm setiap mangkuk hidangan.
4)amalkan guna batang serai(dititik) masa membakar sate.
-minyak kelapa tu campur sikit dgn ketumbar.
5)hidangan sate dlm pinggan kena ada aura utk bangkitkan selera pelanggan.
6)cara bungkusan sate pun penting.
7)nasi empit buat sendiri.....klu nak buat sate mentah sendiri,saya bimbang bro tak larat akhirnya.
8)seeloknya biarlah berdua.
apapun mudah2an bro berjaya kelak.