BTC USD 61,610.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bintang muda & kerja amal

dhiaperfumes

CG Top Poster Club
gem
Messages
41,571
Joined
Nov 12, 2009
Messages
41,571
Reaction score
63
Points
120
image%2B(1).jpg

RAMAI selebriti Hollywood terkenal dengan sikap dermawan, termasuklah golongan muda di sana. Di sebalik keghairahan mengejar nama, mereka sebenarnya tidak lupa terlibat dalam pelbagai aktiviti kebajikan. Bahkan mereka ini sanggup membuat konsert, berlakon, menyanyi semata-mata untuk memberi sumbangan kepada badan-badan terpilih.


Kristen Stewart

Pelakon sekuel filem Twilight ini sememangnya amat disenangi kemunculannya dalam industri seni. Dikenali sebagai aktres yang merendah diri, Stewart pernah muncul dalam konsert 12-12-12 di Madison Square Garden semata-mata untuk mengajak peminatnya menderma bersama bagi disumbangkan kepada mangsa ribut taufan Sandy.

Dia juga turut mendermakan busana yang dipakainya sewaktu majlis tayangan Twilight Saga: Breaking Dawn Part 2 kepada Pertubuhan Robin Hood. Pada masa sama, Stewart bekerjasama dengan Shoe Revolt iaitu sebuah persatuan yang membantu mangsa-mangsa seks dengan menjual kasut mereka secara online.


Robert Pattinson

Tidak terkecuali aktor tampan yang juga merupakan bintang sekuel filem Twilight ini. Gitar elektrik akustik ESP LTD Xtone yang ditandatanganinya dijual untuk tujuan kebajikan yang mana hasilnya didermakan kepada The Ronnie James Dio Stand Up dan Shout Cancer Fund.

Pada tahun 2011 pula, dia sanggup mendermakan hampir RM70,000 yang diterima hasil penglibatan dalam promosi Twilight Saga: Breaking Dawn Part 2 kepada Kempen Go untuk membina sebuah penempatan bagi sebuah program pendidikan remaja perempuan. Selain itu, Pattinson tidak ketinggalan melelong lebih banyak gitarnya untuk membantu golongan gelandangan.


Miley Cyrus

Meskipun kisah cintanya agak kontroversi namun sikap Cyrus yang prihatin membuatkan dia terus disayangi peminat seni. Demi membantu pesakit-pesakit kanser, Cyrus telah membuat persembahan bersama Jordin Sparks di City of Hope Gala untuk mengumpul dana.

Dia berjaya mengutip RM3 juta dengan mendermakan setiap RM3 yang dikutip daripada hasil jualan tiket tersebut. Pada masa sama, dia turut membina persatuan kebajikannya sendiri iaitu Youth Service America called Get Ur Good On yang menarik golongan muda secara sukarelawan dalam pelbagai program kemasyarakatan.


Justin Bieber

Bintang remaja popular ini tidak kurang hebatnya. Dia memulakan Believe Charity Drive yang meraih kutipan daripada peminat dan hasil penjualan album untuk disumbangkan kepada tujuh badan kebajikan yang disokongnya iaitu Pencils of Promise, Project Medishare for Haiti, City of Hope, Make-A-Wish Foundation, Boys & Girls Club of America, Musicians on Call dan The GRAMMY Foundation.

Selain itu, Dia juga mendermakan setiap RM3 bagi setiap tiket yang terjual di konsertnya di New York City dan New Jersey kepada mangsa taufan Sandy. Pada masa sama, Bieber tidak pernah melupakan penduduk di kampung halamannya dengan membantu mereka menerusi Children's Miracle Network.


Selena Gomez

Selain menjadi duta UNICEF termuda, penyanyi yang juga pelakon kelahiran Texas ini turut disenaraikan antara duta bagi Pertubuhan Ryan Seacrest yang pertama.

Selain itu, dia banyak membantu St. Jude Children Research Hospital dengan menyumbangkan lebih RM3 juta kepada pihak berkenaan. Dia juga sanggup ke Congo bersama Projek ENOUGH untuk menentang kekejaman di kalangan penduduk di sana.


Chris Brown

Mungkin kisah cintanya dengan penyanyi Rihanna penuh kontroversi namun itu tidak mengganggu komitmennya kepada kerja kebajikan yang disertai. Brown telah melancarkan Persatuan Symphonic Love yang bertujuan membantu kanak-kanak kurang bernasib baik.

Selain itu dia juga banyak terlibat dengan program yang menentang kes penderaan kanak-kanak. Pada masa sama Brown juga terlibat membantu badan kebajikan untuk pesakit kanser.


Rihanna

Nampaknya baik Brown mahupun Rihanna sama-sama jatuh cinta kepada aktiviti kebajikan. Sekitar tahun 2006, Rihanna menubuhkan Pertubuhan Believe yang mana membantu kanak-kanak dalam banyak aspek seperti perlindungan, pendidikan dan sebagainya.

Dia juga menggunakan namanya untuk membantu seorang ibu untuk menerima pemindahan tulang baru. Pada masa sama penyanyi yang terkenal dengan lagu Umbrella ini turut membuat sumbangan kepada mangsa taufan, AIDS dan sebagainya. Dia juga sanggup menggunakan hasil kutipan konsertnya untuk membantu kanak-kanak kurang bernasib baik.


Demi Lovato

Penyanyi remaja ini disayangi kerana sifat yang pemurah dan sangat merendah diri. Dia sangat menentang kes-kes buli yang berlaku di kalangan remaja dan kanak-kanak. Dia bekerjasama dengan Kempen Stand Together yang memperjuang nasib mangsa buli.

Selain itu, penyanyi cantik ini sanggup menderma busana kepada gadis-gadis yang tidak mempunyai pakaian untuk ke majlis tari-menari. Dia juga berbangga kerana dapat membantu memberi sumbangan kepada beberapa badan seperti Red Cross, Shoe Revolt, City of Hope and Kids Wish Network.

http://www.cari.gold/2014/08/bintang-muda-kerja-amal.html
 
ermm mcm omputeh payment sekali show baper ratus ribu diorg dapat..julia robert sekali berlakon pelem USD 40 juta tom cruise USD 30 juta

kat sini Que haidar berlakon citer rock oo payemnt RM 70k org dah bising2

kalau menyanyi pulak yg panggil mintak kurang harga jgn la mcm tu kak / abg, rate retis tu.. jgn jatuhkan market diorg...hahahaha

pas tu suruh wat charity mmg tak dapek la...masalahnya kalo dah charity lepas tu asek charity job je yg dapat..:))

kalau tak de duit jgn panggil artis la pasang karaoke sudah..or download youtube je pas tu pasang kat screen..
 
Last edited:
ermm mcm omputeh payment sekali show baper ratus ribu diorg dapat..julia robert sekali berlakon pelem USD 40 juta tom cruise USD 30 juta

kat sini Que haidar berlakon citer rock oo payemnt RM 70k org dah bising2

kalau menyanyi pulak yg panggil mintak kurang harga jgn la mcm tu kak / abg, rate retis tu.. jgn jatuhkan market diorg...hahahaha

pas tu suruh wat charity mmg tak dapek la...masalahnya kalo dah charity lepas tu asek charity job je yg dapat..:))

kalau tak de duit jgn panggil artis la pasang karaoke sudah..or download youtube je pas tu pasang kat screen..

charity tu tak kira nilai, kalau ikhlas. rm1 pon kira charity. peace brader
 
charity tu tak kira nilai, kalau ikhlas. rm1 pon kira charity. peace brader

boleh gak tu..kekadang retis ni org panggil charity ada dibayar separuh or 25% je tak dapat full kalo yg panggil tu kedekut pulak dapat la token/ goodies...omputeh sibuk wat itu ini sbb nak "nama"

itu sumber periuk nasik (rice bowl) diorg...satu kali or dua kali boleh la...kalo manjang charity kesian la kat diorg...artis ni bukan penyanyi or pelakon je pelukis, penulis, pemuzik dll job yg berkaitan seni baik part time or full time.ni citer konteks kerjaya seni kat malaysia.

apa kata kalo sedara dalam 23 hari bekerja dlm sebulan, 1 or 2 hari dikira charity kalo boleh cakap kat boss..
 
Last edited:
boleh gak tu

apa kata kalo sedara dalam 23 hari bekerja 1 or 2 hari dikira charity kalo boleh cakap kat boss..

tak perlu sebegitu kalau nak buat charity, dan kalau saya buat pun, macam tak power lak nak kena bagitau kan? ke cane brader?
 
tak perlu sebegitu kalau nak buat charity, dan kalau saya buat pun, macam tak power lak nak kena bagitau kan? ke cane brader?

lor berkira pulak bila "kerja" 1 or 2 hari dicharitykan power la tu bagi kat org miskin or derma amal..or boss cakap charity /hari cuma bayar RM 1 sahaja..

tadi kata RM 1 pun boleh charity...cane tu brader
 
Last edited:
lor berkira pulak bila "kerja" 1 or 2 hari dicharitykan power la tu bagi kat org miskin or derma amal..or boss cakap charity /hari cuma bayar RM 1 sahaja..

tadi kata RM 1 pun boleh charity...cane tu brader

tak kata berkira, saya maksudkan, kalau nak charity, kasi 23 hari tu dicharitykan pun tak jadi masalah, yg jadi masalahnya, perlu ke diberitahu atau diwar-warkan jika 'kerja' tersebut dijalankan wai'ma setengah hari, sehari, dua hari? tau sebulan?..

charity ni macam hadiah bro. tak perlu mewah kalau tak mampu, kalau bagi tisu 20sen buat bentuk bunga ke jadi hadiah, pon orang suka.

capish brader?
 
Back
Top
Log in Register