BTC USD 85,826.5 Gold USD 4,164.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bincang2 Hukum Qisas

gold_bakawali

Super Active Member
Messages
6,485
Joined
Feb 26, 2012
Messages
6,485
Reaction score
107
Points
73
download-1_zps215ab7b5.jpg


download1_zpsc52798cc.jpg



HUKUM QISAS

Qisas (bahasa arab: قصاص) adalah istilah dalam hukum islam yang berarti pembalasan, mirip dengan istilah "hutang nyawa dibayar nyawa". Dalam kasus pembunuhan hukum qisas memberikan hak kepada keluarga korban untuk meminta hukuman mati kepada pembunuh.

Dasarnya adalah: "Hai orang-orang yang beriman diwajibkan bagi kamu qishash atas orang-orang yang dibunuh. Orang merdeka dengan orang merdeka, hamba dengan hamba, dan wanita dengan wanita. Barangsiapa mendapat ma'af dari saudaranya, hendaklah yang mema'afkan mengikuti dengan cara yang baik, dan hendaklah (yang diberi ma'af) membayar (diat) kepada yang memberi ma'af dengan cara yang baik." [Al Baqarah:178]

"Dan Kami tetapkan atas mereka di dalamnya (Taurat) bahwa jiwa dibalas dengan jiwa, mata dengan mata, hidung dengan hidung, telinga dengan telinga, gigi dengan gigi, dan luka luka pun ada Qisasnya. Barangsiapa yang melepaskan hak Qisas, maka melepaskan hak itu jadi penebus dosa baginya. Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka adalah orang-orang yang zalim." [Al Maa-idah:45]

Meski demikian dikatakan Al Qur'an bila hak Qisas dilepaskan oleh korban maka itu menjadi penebus dosa bagi mereka. Keluarga korban dapat memaafkan pembunuh dan meminta penebus dalam bentuk materi.

Qisas dipraktekkan di negara-negara yang menganut syariat Islam seperti Arab Saudi.



Pembunuhan Sengaja Dan Hukumannya


Di dalam sistem uqubat Islam, terdapat empat jenis (kategori) hukuman iaitu jinayat/qisas, hudud, ta’zir dan mukhalafat. Untuk setiap kesalahan, terdapat hukumannya yang tersendiri yang telah ditetapkan oleh Allah dan RasulNya. Jika mencuri termasuk di dalam kategori hudud, pembunuhan adalah termasuk di bawah kategori jinayat. Pembunuhan di dalam Islam terdiri dari empat bentuk iaitu pembunuhan sengaja, seumpama sengaja, tidak sengaja dan tersalah. Sebagaimana telah disebut di atas dan di dalam ruang yang serba terbatas ini, kami hanya akan memfokuskan perbincangan berkenaan pembunuhan yang dilakukan secara sengaja sahaja.

Hukum bagi pembunuhan yang disengajakan adalah bunuh balas (qisas) iaitu membunuh si pembunuh, jika wali orang yang dibunuh tidak menuntut diyat atau memaafkan si pembunuh. Dalilnya adalah dari firman Allah, “Dan barangsiapa dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya Kami telah memberi kekuasaan kepada ahli warisnya, tetapi janganlah ahli waris itu melampaui batas di dalam membunuh” [TMQ al-Isra’ (17):33]. FirmanNya yang lain, “Diwajibkan atas kamu qisas berkenaan orang-orang yang dibunuh” [TMQ al-Baqarah (2):179]. Qisas di dalam ayat ini membawa maksud membunuh si pembunuhnya. Ayat ini dirincikan lagi oleh Rasulullah dengan baginda menjelaskan melalui sabdanya bahawa selain qisas, wali bagi pihak yang terbunuh boleh memilih samada meminta diyat yang berupa 100 ekor unta ataupun memberikan kemaafan kepada si pembunuh. Imam Abu Daud meriwayatkan dari Abu Syuraih al-Khaza’i, ia berkata, aku mendengar Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Barangsiapa tertumpah darahnya atau disakiti, maka ia boleh memilih salah satu dari tiga pilihan, boleh mengqisas atau mengambil tebusan (diyat) atau memaafkan...”. Imam Tirmidzi meriwayatkan dari Amru bin Syua’ib dari bapanya, dari datuknya bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Barangsiapa yang membunuh dengan sengaja, maka keputusannya diserahkan kepada waliwali pihak yang terbunuh. Mereka berhak membunuh atau mengambil diyat yakni 30 unta dewasa, 30 unta muda dan 40 unta yang sedang bunting, atau mereka juga berhak memaafkannya”

Terdapat banyak lagi hadis yang senada dengan hadis di atas yang menjadi dalil yang sangat jelas bahawa hukuman bagi pembunuhan yang disengajakan adalah qisas, atau pihak wali meminta diyat atau memaafkan. Hukuman yang terdapat di dalam Islam ini jelas berbeza dengan hukuman yang ada sekarang dilihat dari sudut mana sekalipun.


Pertama: Mengikut undang-undang sekarang, pihak yang melakukan tuntutan (pendakwaan) adalah kerajaan (pendakwaraya), bukannya ahli waris mangsa;

Kedua: Wali kepada pihak yang terbunuh langsung tidak diberi pilihan memilih hukuman, walhal di dalam Islam, wali mempunyai tiga pilihan.

Ketiga: Hukuman sekarang yang diperuntukkan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan adalah berasal dari undang-undang yang dibuat dan diluluskan oleh manusia di Parlimen, manakala hukum qisas dalam Islam berasal dari Allah dan Rasul di dalam Al-Quran dan Hadis.

Keempat: Hukuman sekarang dijalankan oleh manusia atas kehendak manusia sendiri berdasarkan keputusan majoriti manusia, sedangkan hukum qisas dijalankan oleh manusia atas kehendak Allah yang menjadi kewajipan bagi manusia berdasarkan aqidah.

Kelima: Hukuman Allah apabila dilaksanakan ke atas manusia akan menjadi pencegah (zawajir) dan penebus dosa (jawabir) di akhirat, sedangkan hukuman sekarang tidak akan membawa apa-apa erti, malah akan membawa dosa ke atas pelaksananya kerana jelas-jelas mereka tidak berhukum dengan apa yang Allah turunkan. Inilah di antara sebahagian dari perbezaannya.


Wahai kaum Muslimin! Membunuh jiwa tanpa hak adalah satu perbuatan yang jelas-jelas haram di dalam Islam. Hanya Allah sahajalah, selaku Pencipta manusia yang berhak menentukan siapakah yang boleh dibunuh dan siapakah yang tidak boleh. Dalam hal ini, Allah Azza wa Jalla memberi khabar ancam kepada manusia melalui firmanNya, “Dan barangsiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya adalah Jahannam, kekal ia di dalamnya dan Allah murka kepadanya dan melaknatnya serta menyediakan azab yang besar baginya.” [TMQ an-Nisa’ (4):93]. Allah sebagai Zat yang mencipta ruh dan memasukkannya ke dalam tubuh manusia, Dialah satu satunya yang berhak menentukan bilakah ruh itu wajib dikembalikan kepadaNya. Ingatlah wahai kaum Muslimin bahawa membunuh dengan tanpa hak itu berdosa dan balasannya adalah neraka Jahannam dan kekal di dalamnya. Ingatlah bahawa melaksanakan qisas ke atas pembunuh itu adalah wajib dan
meninggalkannya adalah haram.
Ingatlah bahawa berhukum dengan selain dari apa yang diturunkan Allah itu adalah haram dan berdosa. Ingatlah bahawa berdiam diri tanpa berusaha untuk menerapkan hukum Allah juga satu keharaman dan dosa. Jika pemerintah berdosa kerana tidak menerapkan hukum Allah, maka umat Islam pula akan berdosa apabila tidak merubah keadaan ini. Justeru, bersatulah wahai kaum Muslimin untuk kita sama-sama bergerak menegakkan agama Allah ini agar azab Allah tidak menimpa kita dunia dan akhirat. Wallahu a’lam.
 
a179-df2665ffc48158d0041945cd5c5d58f3_zps284fb055.png


Dan di dalam hukuman Qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu bertaqwa.
(Al-Baqarah 2:179)
 
Back
Top
Log in Register