BTC USD 76,522.5 Gold USD 4,366.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bincang Saham Bersama Sito9667

Bagaimana untukt tahu anda jenis trader yang mana mana??

Long term? Mid term? Short term??

Jika anda kata anda long term, tetapi setiap hari pasti akan tengok price paling kurang sehari sekali. Anda adalah mid term.

Anda kata anda mid term, tetapi setiap jam asyik tgk price. Anda adalah short term.

Anda kata anda short term, tetapi setiap minit mengadap chart, tgk price, anda adalah kaki kontra.

Tentukan profil diri anda dengan tepat, Insya'Allah boleh berjaya dalam dunia pasaran saham.

Tiada yang salah menjadi trader yang jenis mana. Yang penting boleh menjana keuntungan dan mengelak kerugian.
 
Sokong statement TT ni..niat hati nak jadi investor..tp satu hari x bukak chart mmg x sah..adooii..:D:D:D
 
Tuan adalah mid term trader. :)

Jadi, pastikan tuan pilih stock untuk mid term. Tu tujuan utama kita kenal pasti diri sendiri adalah trader jenis yang mana mana.

Anda berkata pada diri anda adalah long term trader, tapi setiap jam asyik tgk price, tgk chart. Anda beremosi seperti short term trader. Tetapi anda pilih stock yang long term.

Jadi kalau tak matching perkara seperti ini, boleh ke tanjung rambutan. Gurauan je.

Pokoknya, perlu berhati2.
 
Memahami diri sendiri adalah sama anda memahami stock blue chips, 2nd liner, 3rd liner & penny stock.

Bukankah setiap kategori stock ini di trade dengan cara berbeza?? Player yang ade dalam tu pun berbeza. Jadi jika anda salah masuk, itulah penyebab kepada result trading anda.

Jadi, perlukah anda memahami sangat tentang teknikal analisis? Ya, mmg perlu tetapi utamakan psikologi sebagai seorang pelabur dahulu. Kenalpasti diri, berdisplin, tetapkan matlamat dan baru anda boleh masuk keluar pasaran dengan tenang. Tak perlu ke sana sini mencari tips. Tak perlu ke sana sini mencari kelas. Yang paling penting anda tak perlu rugi secara keseluruhan.

Rugi adalah perkara biasa, anda mesti rugi, diwajibkan, tetapi secara keseluruhan anda mesti untung. Jika secara keseluruhan anda rugi, sila semak kembali diri anda.

Bagaimana anda trade? Kenapa anda pilih stock tersebut, berdasarkan tips atau berdasarkan kajian sendiri? Kenapa anda beli dalam jumlah kuantiti tersebut? Untuk balas dendam terhadap stock atau mmg anda confident dengan stock tersebut?? Kenapa anda cut loss? Sebab takut atau sebab dah capai cut loss point? Kenapa anda biar stock tersebut bertahun2? Kerana fed up atau kena anda kata long term??

Pastikan ada dapat jawapan yang memuaskan bagi setiap persoalan. Insya'Allah anda boleh berjaya dalam dunia ini.
 
Salam semua, masih ade yang email saya bertanyakan tips saham short term.

Senang je, beri saya maklumat seperti yang saya mohon di page depan topik short term saham yang saya create, dan saya beri tips. Itu asas sebelum kita spot mana2 saham.

Anda tak perlu segan ke ape takut anda tersilap tengok ke, sebab tu asas untuk spot mana2 saham. Kebiasaan semua pelabur akan tengok maklumat ini dahlu sebelum buat keputusan berdasarkan indi masing2.
 
Adakah anda tahu berapa jenis kategori pelabur saham?

1. Pelabur Long Term
2. Pelabur Mid Term
3. Pelabur Short Term

Betul ke ade 3 je? Ade satu lagi kategori.

4. Pelabur No Term

Xde dalam buku pelaburan mana2 pun, saya saje kategorikan jenis pelabur ni sebab saya selalu berjumpa. Contoh saham MAS, ramai yang masuk semasa harga berlegar antara 28 sen - 30 sen lebih. Dengan andaian long term investment.

Saya sendiri pernah berjumpa individu yang membeli saham MAS dengan modal RM 100k lebih pada harga 30 sen lebih. Long term katanya. Anda bayangkan apa jadi pada modal asal hari ini? Berapa % kerugian yang telah ditanggung on paper jika dia masih belum jual?

Sekarang banyak long term investor MAS telah bertukar menjadi short term. Jual saham MAS dan beli jual beli jual beli jual beli jual beli jual beli jual untuk cover semula kerugian yang telah dihadapi.

Ini yang saya kategorikan sebagai pelabur no term. Sebab semasa membeli tidak menetapkan TP dan ST secara jelas. Hanya sebut long term, bila rugi, tukar jadi short term. Atau semasa membeli niat short term, bila rugi, tukar kepada mid term, masih rugi, tukar kepada long term. Selepas itu, menjadi loooooooooooooooooooooooooooooooooooooonnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnggggggggggggggggggggggggggg term.

Sebab itu sepatutnya kita invest dalam pasaran saham perlu tetapkan TP & ST dengan % secara jelas. Tak usah peduli sangat tentang long term, mid term dan short term. Jangan terlalu taksub dengan kategori ini. Anda kata anda long term, portfolio anda telah kerugian 50%, anda masih biar kerana berpegang teguh pada long term investment.

Untung rugi adalah sebahagian daripada dunia pelaburan saham. Jika anda tak ingin rugi langsung, melaburkan dalam ASB, ASN atau seumpamanya. Melabur dalam unit amanah pun berisiko rugi, jadi elakkannya pelaburan jenis ini jika anda mmg berfikir tidak mahu rugi langsung.
 
Last edited:
Salam, budak baru belajar, harap dapat beri tunjuk ajar...

Baru je mule dengan broker AmeSecurities...
Berharap dengan brokerage fee yang rendah, tp macam banyak plak chargenye...

otai2, biasenye apa charge yg di kenakan?

1. Normal brokerage commission;

2. Clearance fee???

3. ??

4. ??

Mari bincang...
 
Adakah anda tahu berapa jenis kategori pelabur saham?

1. Pelabur Long Term
2. Pelabur Mid Term
3. Pelabur Short Term

Betul ke ade 3 je? Ade satu lagi kategori.

4. Pelabur No Term

Xde dalam buku pelaburan mana2 pun, saya saje kategorikan jenis pelabur ni sebab saya selalu berjumpa. Contoh saham MAS, ramai yang masuk semasa harga berlegar antara 28 sen - 30 sen lebih. Dengan andaian long term investment.

Saya sendiri pernah berjumpa individu yang membeli saham MAS dengan modal RM 100k lebih pada harga 30 sen lebih. Long term katanya. Anda bayangkan apa jadi pada modal asal hari ini? Berapa % kerugian yang telah ditanggung on paper jika dia masih belum jual?

Sekarang banyak long term investor MAS telah bertukar menjadi short term. Jual saham MAS dan beli jual beli jual beli jual beli jual beli jual beli jual untuk cover semula kerugian yang telah dihadapi.

Ini yang saya kategorikan sebagai pelabur no term. Sebab semasa membeli tidak menetapkan TP dan ST secara jelas. Hanya sebut long term, bila rugi, tukar jadi short term. Atau semasa membeli niat short term, bila rugi, tukar kepada mid term, masih rugi, tukar kepada long term. Selepas itu, menjadi loooooooooooooooooooooooooooooooooooooonnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnggggggggggggggggggggggggggg term.

Sebab itu sepatutnya kita invest dalam pasaran saham perlu tetapkan TP & ST dengan % secara jelas. Tak usah peduli sangat tentang long term, mid term dan short term. Jangan terlalu taksub dengan kategori ini. Anda kata anda long term, portfolio anda telah kerugian 50%, anda masih biar kerana berpegang teguh pada long term investment.

Untung rugi adalah sebahagian daripada dunia pelaburan saham. Jika anda tak ingin rugi langsung, melaburkan dalam ASB, ASN atau seumpamanya. Melabur dalam unit amanah pun berisiko rugi, jadi elakkannya pelaburan jenis ini jika anda mmg berfikir tidak mahu rugi langsung.

Setuju!
Tiada long term, mid term atau short term.
kita harus ade disipline yg baik. Tentukan TP dan ST dlm % yg jelas!
 
Back
Top
Log in Register