BTC USD 63,599.2 Gold USD 4,342.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bina 100,000 Unit Rumah PPA1M

syahrizal

Active Member
Messages
1,856
Joined
May 25, 2010
Messages
1,856
Reaction score
53
Points
30
bina-500x165.jpg


JOHOR BAHRU 16 Mei – Kerajaan menyasarkan akan membina sebanyak 100,000 unit rumah di bawah skim Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M) di seluruh negara pada tahun ini.

Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Halimah Mohd. Sadique berkata, bagi tujuan itu kerajaan negeri perlu segera mengemukakan permohonan untuk menerima peruntukan skim tersebut.

“Sehingga kini hanya empat negeri sahaja yang telah mengemukakan permohonan untuk pembinaan di negeri masing-masing. Kementerian berharap agar kerajaan negeri dapat menghantar segera permohonan tersebut.

“Lokasi yang dipilih itu seharusnya strategik dengan faktor persekitaran yang baik bagi merangsang minat dalam kalangan penjawat awam untuk membeli rumah tersebut,” katanya selepas mengadakan program turun padang di rumah pangsa Taman Tampoi Utama, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Abd. Latif Bandi; Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Datuk Bandar Johor Bahru, Abd. Rahman Mohamed Dewam.

Skim PPA1M diperkenal untuk mengga*lakkan penjawat awam di peringkat negeri dan Persekutuan memiliki rumah.

Kadar harga rumah yang ditawarkan bermula daripada RM90,000 sehingga RM300,000 seunit dan dijangka siap dalam tempoh 36 bulan.

Halimah berkata, pihak kementerian akan mengadakan pertemuan dengan menteri besar di negeri lain bagi mempromosi skim berkenaan.

Mengenai perlaksanaan di Johor, Halimah berkata, kerajaan negeri sedang mengenal pasti dua lokasi bagi pembinaan PPA1M itu yang dijangka dibina dalam kawasan Iskandar Malaysia.

“Kita juga mengalu-alukan neg eri yang diperintah pihak pembangkang untuk menghantar permohonan kerana ini adalah tanggungjawab mutlak kerajaan Persekutuan,” katanya.

http://rumahn9.com/bina-100000-unit-rumah-ppa1m/ :)paid
 
Selangor dah mintak lum...
Buat la kat sabak bernam sekali..
Bleh aku suruh mem aku beli..
 
Back
Top
Log in Register