BTC USD 62,043.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bill Gates minum air tahi

biskutmari

Banned
Messages
1,283
Joined
Aug 21, 2010
Messages
1,283
Reaction score
0
Points
20
112642_billgates.jpg


WALAUPUN lebih daripada mampu untuk hidup bersenang lenang dengan harta dimilikinya, pengasas Microsoft, Bill Gates memilih untuk menumpukan perhatian pada teknologi baru yang dapat membantu manusia sejagat terutama golongan miskin.

Ekoran itu, Gates tampil dengan pengakuan mengejutkan bahawa dia baru sahaja meminum air najis dan itu bukan gurauan!

Kisah sebenarnya, Gates mahu mengumumkan mesin terbaharu yang dicipta menggunakan dana syarikatnya, yang boleh menukar air kumbahan najis manusia kepada air bersih yang boleh terus diminum.

Dan bagi membuktikannya, Gates tanpa teragak-agak meminum hasil air najis yang telah diproses mesin tersebut.

ukVIMjwRn4.png


Mesin dengan teknologi sebegini, sudah tentu amat berguna terutama buat negara miskin dan membangun yang menghadapi masalah bekalan air bersih.

Gates menjelaskan dalam blognya, sistem kumbahan yang buruk di sesetengah negara telah mengakibatkan kematian ratusan ribu kanak-kanak setiap tahun selain mengganggu pertumbuhan fizikal dan mental mereka.

“Jika kita dapat memperkenalkan satu cara yang mudah dan murah untuk menukar kotoran manusia menjadi air bersih maka ribuan nyawa kanak-kanak dapat diselamatkan selain membantu mereka membesar di persekitaran lebih baik dan sihat,” katanya.

Nyata Gates tidak bercakap kosong tentang cita-cita besarnya itu.

247727CB00000578-0-image-a-36_1420589756814.jpg


Janicki Omniprocessor, mesin ciptaan sebuah syarikat kecil beribu pejabat di Seattle, Amerika Syarikat iaitu Janicki Bioenergi yang menerima dana daripada Bill and Melinda Gates Foundation, dijangka akan memulakan operasi sulungnya menjelang hujung tahun ini di Senegal.

Mesin terbabit diharapkan berupaya menukar kesan kumbahan najis daripada 100 ribu orang kepada 86 ribu liter air bersih selain menjana 250 kw elektrik.

Wah, memang besar sekali jasa Gates apabila beliau sudi menumpukan perhatian dan melabur modal bagi mencipta teknologi baharu yang dapat memberi manfaat kepada begitu ramai manusia terutama golongan susah bukan?

Jasanya ini tidak ternilai jika dibandingkan dengan penciptaan satu peranti seperti telefon pintar yang barangkali, cuma mampu dimiliki orang ‘ada-ada’.

https://www.youtube.com/watch?v=bVzppWSIFU0
 
dah berapa peringkat tapis.. mmg xada bau dan rasa.. tahi kita berak masuk dalam tangki septik mengalir dalam air bawah tanah dan disedut balik sama je. cuma ia diproses secara semulajadi..
 
ooo ingat kan minum pure punya air tahi
 
Tp disebbkn dah tau tu air dri tahi... x lau plk klo ak yg kna minum
 
Back
Top
Log in Register