BTC USD 63,741.7 Gold USD 4,341.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bilik hotel RM110,847 satu malam

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
NEW YORK - Pelanggan perlu membayar sebanyak AS$33,723 (RM110,847) semalam untuk tidur di salah sebuah daripada sembilan bilik suite di tingket 52 Hotel Four Seasons di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Keistimewaan bilik hotel itu ialah ia mempunyai televisyen yang mempunyai rangkaian siaran dari seluruh dunia dan pemandangan ke arah Manhattan termasuk bangunan Empire State dan mercu tanda bandar raya ini, Statue of Liberty.

Keunikan lain ialah ia mengandungi sebuah perpustakaan, bilik bersantai yang mempunyai air terjun dengan batu granit diimport dari Afrika Selatan dan bilik spa.

Sinki bilik air diperbuat daripada kristal dan kolam mandi mini menghadap pemandangan kawasan Manhattan manakala lampu di ruang tamu berharga lebih AS$117,284 (RM385,399).

Pengunjung-pengunjung disediakan sebuah kereta Rolls Royce selain orang gaji dan pelatih persendirian.

Setakat ini, hotel berharga AS$43.98 juta (RM144.52 juta) itu dianggap sebagai yang termahal di New York. - Agensi
 
ada alamat tak...boleh try semalam 2 ni...
 
ini hotel wat dri emas kew hape nih?

punyerla mahal..adaphone no. x? nk col sat..nk booking 2 bulan..tp mintak tuan presiden bayar...abg obama..wakakaka..
 
tak terpejam mata nak tido...sayang duit abes untuk tido jek..bila nak tgk tv...bila nak spa..bila nak gi library...
 
Mana lg mahal ngan hotel kat Dubai yer?
 
aduh mahal nya?boleh buat rumah sebijik tu..tak membazir ke?
 
keje 2-3 tahun pn belum tentu blh byr sewa bilik semahal ni..huh..
 
huhu....bukan taraf kite lg nie..

jutawan minyak bleh r lepak kat cni...huhuhu...
 
Back
Top
Log in Register