BTC USD 80,891.3 Gold USD 4,123.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bila Poligami Tidak Difahami

servantforever

Fun Poster
Messages
315
Joined
Mar 14, 2010
Messages
315
Reaction score
269
Points
31







Hari ini ada orang berpoligami, keluarga porak-poranda


Krisis setiap hari, suami isteri dan anak-anaknya


Mengapa krisis? Kerana Tuhan tidak dicinta


Syariat tidak diikut, kepentingan peribadi jadi budaya


Berlakunya krisis keluarga poligami, jangan salahkan Allah dan Islam


Krisis berlaku kerana Tuhan tidak dicinta, ditukar dengan cintakan peribadi


Kalau peribadi yang dicintai, kepentingan peribadilah yang menjadi matlamat hidupnya


Jika kepentingan peribadi menjadi budaya dengan ibu ayah pun berkira


Kepentingan peribadilah yang tidak ada tolak ansur sesama manusia


Sekalipun dengan ibubapa, suami dan sanak saudara


Kepentingan peribadi bukan sahaja poligami menjadi musuhnya


Banyak hukum-hukum Tuhan menjadi musuhnya, bahkan sembahyang pun diabainya


Orang yang cintakan peribadi bukan sahaja porak-poranda di dalam rumahtangga


Di dalam berkawan pun tidak setia, di dalam masyarakat selalu sahaja bermasam-masam muka


Di dalam satu perjuangan akan berlaku jatuh-menjatuhkan perkara biasa


Kalau begitu bila mahu aman, harmoni dan bahagia


Poligami jangan salahkan sesiapa, salahkan diri kerana terlalu peribadi


Kalau peribadi menjadi matlamat, sembahyang, puasa, berkorban, berjuang pun menjadi musuhnya


Jika hukum Tuhan menjadi musuhnya, ertinya Tuhanlah musuh-musuhnya


Orang yang ada kepentingan peribadi bukan sahaja di rumahtangga, di mana pun payah berkira


 
kalo dah seorang pun x larat nak jaga tak yah la smpai terkejar2 nak penuhkan kuata.

nafsu ja tu.
 
kalo dah seorang pun x larat nak jaga tak yah la smpai terkejar2 nak penuhkan kuata.

nafsu ja tu.

Satahu aku Saidina Ali kwj. adalah seorang yang miskin. Selepas wafat isterinya, Fatimah binti Rasulullah... dia bernikah ramai dan tetap miskin sehingga wafat tidak ada harta yang ditinggalkan.

Fikir-fikirkan, boleh jadi bangkangan kita selama ini adalah "idea syaitan". Samalah seperti puji Syaitan terhadap ahli abid yang dia sangat khusyuk dalam solatnya maka si abid yang ditipu pun memanjang-manjangkan solatnya di tengah malam syahdu.

Jangan mudah ditipu lagi olehnya.:))
 
Jom hidupkan sunnah

1598350280261.jpeg
 
Back
Top
Log in Register