aku pun perasan, bil meningkat sekali ganda. pada pendapat aku, TNB gunakan bil anggaran sebab dorang nak pegang duit kita. anggaran dorang memang akan lebih. so, caj yang dikenakan pun akan lebih sebab mengikut blok. makin tinggi dia anggar, makin tinggi caj untuk blok seterusnya. ni sebagai contoh sahaja. TNB anggarkan rumah aku 600kwj, padahal selalunya tiap2 bulan rumah aku 300 lebih je. so, kalau dia anggar 600kwj, 200 masuk kedalam blok pertama, 200 masuk dalam blok kedua, 100 lagi blok ketiga, dan lagi 100 masuk ke dalam blok ke empat. untuk pengetahuan semua, caj untuk setiap blok adalah berbeza. blok 4 lebih tinggi dari blok 3 > 2 > 1.
bayangkan kalau dia ambil kiraan meter, rumah aku 300kwj, tak ada langsung caj yang termasuk dalam blok ke 3 dan 4
taktau la korang faham ke tak. hehehe. kalau salah, harap dapat betulkan.