BTC USD 63,539.1 Gold USD 4,480.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bil data roaming cecah puluhan ribu ringgit

  • Thread starter Thread starter TT
  • Start date Start date

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
image.jpg

howtosaveonyourdata0408.ashx


KUALA LUMPUR - SEORANG pengguna telefon pintar telah berada di Timur Tengah selama 12 hari dilaporkan telah menerima satu ‘kejutan’ bil telefon berjumlah RM122,703 untuk khidmat ‘data roaming’.

Satu lagi kes berlaku untuk perjalanan selama empat hari ke Singapura dan pengguna dikenakan caj sebanyak RM23,000 kerana memeriksa e-mel dalam tempoh tersebut.

Melayari internet di telefon bimbit semasa di luar negara boleh menjadikan bil anda melambung tinggi. Jika tidak berhati-hati, ia boleh berakhir dengan caj data yang dikenakan melebihi harga sebuah kereta. Nama-nama besar juga tidak terkecuali berdepan situasi ini.

Seorang “mangsa” yang dikenakan caj yang tinggi adalah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, yang menerima ‘bil kejutan’ selepas perjalanan yang singkat ke Indonesia pada 2013.

“Saya hanya menggunakan ‘data roaming’ selama beberapa minit sehingga akhir penginapan saya tetapi saya telah dikenakan bil sejumlah RM4,500 untuk itu,” katanya dipetik dari The Star.

Dalam kes lain, Sara Kamal (bukan nama sebenar), 45, mengadu bahawa dia telah dihantar bil berjumlah RM23,000 selepas menggunakan servis ‘data roaming’ selama empat hari semasa perjalanan urusan perniagaan ke Singapura pada tahun 2011.

“Saya terkejut apabila saya mendapat bil seperti itu kerana saya hanya memeriksa e-mel saya semasa makan tengah hari dan makan malam ketika berada di sana.

Syarikat telekomunikasi berkata ia disebabkan data roaming saya sentiasa diaktifkan. Walaupun bil saya telah diselesaikan oleh syarikat, saya rasa ia sangat tidak patut,” katanya.


http://www.sinarharian.com.my/nasional/bil-roaming-boleh-cecah-puluhan-ribu-ringgit-1.559419
 
Bil Maxis RM800 lepas pulang dari Mauritius

A 71-YEAR-OLD woman was shocked when Maxis charged her RM800 for data usage for her phone during her trip to Mauritius two months ago.


P. Kumari told Actionline that she had never used the data during her trip.

“I raised the issue with Maxis’s Customer Service Department after my return to Malaysia, but they could not resolve it.”

She said she had a similar experience in 2009, when she was in India and her phone bill shot up to RM2,000.

“I did not make a fuss about it because I used the line after an accident then.

“But this time, it’s unfair to charge me as I never used the data, except for SMSes.

“I hope Maxis can look into this matter as I have been a loyal Maxis user and promptly paid my bills all these years,” she said.

A Maxis spokesman told Actionline that the matter was resolved.

“We have contacted her to explain that she was charged pay-per-use for roaming because Maxis does not have a preferred (telco) partner in Mauritius.

“However, Maxis is working towards having a preferred partner in Mauritius in the near future so that our customers can enjoy worry-free data roaming pass there.”


https://www.nst.com.my/actionline/2017/05/240644/rm800-phone-bill-shock-after-mauritius-trip

Umobile caj RM40k? sayang u

Aku on data roaming masa di italy kena 32.00 jer sehari hehe
 
aku oversea pakai local SIM je senang, wasap still bleh pakai no malaysia hehe
 
pelik betul tu. saya everytime gi overseas roaming RM38 je sehari celcom. unlimited. so far tak pernah pulak dia caj lebih2.

leceh kot nak tukar2 sim kad pakai simkad diorang. family nak call pun susah. pakai je la roaming senang. kalau tak nak roaming, set je la airplane mode dari awal.


 
aku pun biasa pakai package roaming celcom ..nth berapa ringgit lupa dah ..cuma , telco ni tak block ke lau bil cecah certain limit..dulu2 masa pakai bil, diorg block trus
 
hahah pak menteri pun terkono..:))
 
ada yg tak ambil berat tentang pakej data, bukan hanya yg roaming, yg pay per use pun ada yg 'terlupa'
 
dengan kata lainya pakai prepaid, masuk negara mana skalipun xkan terkena hehe
 
aku pun biasa pakai package roaming celcom ..nth berapa ringgit lupa dah ..cuma , telco ni tak block ke lau bil cecah certain limit..dulu2 masa pakai bil, diorg block trus

bkn boleh set limit ka?
aku pun risau jgk ni.. pasal skrg no tgah roaming.. #:-S
 
Back
Top
Log in Register