ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Jaseni Maidinsa
GEORGETOWN - Pengguna tidak lama lagi akan menerima bil air berwajah baharu dari Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP).
Pengurus Besarnya, Jaseni Maidinsa berkata, ia untuk membolehkan orang ramai memahami dengan lebih mudah mengenai caj yang dikenakan.
"Bil ini akan dikeluarkan pada Mei depan dan ia sebenarnya memberi banyak faedah kepada pengguna sendiri," katanya.
Selain itu, beliau turut menggesa supaya orang ramai menggunakan pendekatan membayar bil secara dalam talian melalui 10 buah bank yang terpilih.
Katanya, ia sebagai langkah memudahkan orang ramai untuk menguruskan kehidupan seharian.
"Bagaimanapun, jika orang ramai tidak mahu sebarang caj tambahan perkhidmatan dikenakan, anda boleh terus membayar bil air di kaunter PBAPP," katanya.