BTC USD 63,083.7 Gold USD 4,317.96
Time now: Jun 1, 12:00 AM

BIFF mungkin dalang serangan bom.

strom

Legendary Member
gem
Messages
17,846
Joined
Jul 18, 2011
Messages
17,846
Reaction score
4,719
Points
191
Davao, Filipina: Militan Islam yang menyatakan kesetiaan kepada kumpulan Negara Islam dipercayai melakukan serangan bom di sebuah bas yang membunuh 10 orang dan mencederakan 42 yang lain, kata tentera semalam.

Jurucakap tentera, Major Ezra Balagtey berkata, Pejuang Pembebasan Islam Bangsamoro (BIFF) mungkin pihak yang bertanggungjawab melakukan keganasan berkenaan.

Siasatan menunjukkan serangan itu mempunyai ciri persamaan dengan insiden pada November lalu.

Sebuah bas milik syarikat sama diletupkan suspek militan.

Kata Balagtey, bom itu diperbuat daripada mortar 81mm yang diubah suai dan dihidupkan menggunakan isyarat telefon bimbit.

“Letupan di sebuah bas pada bulan lalu juga menggunakan kaedah sama,” katanya.

Jurucakap BIFF, Abu Misry Mama berkata, mereka tidak menyasarkan orang awam kerana ia tidak membawa sebarang manfaat.

“Tentera sengaja mereka-reka cerita untuk memfitnah kami,” katanya. - AFP

http://www.hmetro.com.my/node/15276
 
Back
Top
Log in Register