BTC USD 63,759.0 Gold USD 4,329.96
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Biden gesa larangan senjata api di AS

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
58,370
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,370
Reaction score
5,557
Points
721


BOULDER: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menggesa negara itu melarang penggunaan senjata api, selepas insiden tembakan kedua dalam tempoh seminggu di Colorado yang meragut 10 nyawa.

Biden yang menyentuh isu pembunuhan beramai-ramai menggunakan senjata api di sekolah, kelab malam, panggung wayang dan kawasan awam lain, berkata beliau enggan menunggu lagi untuk mengambil langkah wajar yang bakal menyelamatkan nyawa, dan menggesa Ahli Dewan Rakyat dan Senat AS untuk bertindak.

"Kita boleh melarang penggunaan senjata api dan peluru berkapasiti tinggi di negara ini sekali lagi.

"Perkara ini tidak sepatutnya menjadi isu partisan. Ini isu rakyat Amerika. Ia akan menyelamatkan nyawa rakyat Amerika. Kita perlu bertindak," katanya, merujuk pada langkah Kongres meluluskan larangan senjata api selama 10 tahun pada 1994.

Isu kawalan penggunaan senjata api lebih ketat amat popular dalam kalangan rakyat AS, namun Republikan menentang perkara itu sejak sekian lama kerana ia dilihat melanggar hak untuk memiliki senjata yang termaktub dalam perlembagaan AS.

Biden berucap di Washington beberapa jam selepas seorang remaja berusia 21 tahun didakwa menembak 10 individu di sebuah pasar raya di Boulder, Colorado.

Pembunuhan beramai-ramai itu berlaku kurang seminggu selepas seorang lagi individu menembak lapan orang di beberapa spa di Atlanta.

Kedua-dua insiden pembunuhan itu mencetus gesaan baharu supaya ahli politik bertindak, namun perpecahan dalam isu itu muncul kembali semalam.

Bulan ini, Dewan Rakyat AS meluluskan dua langkah untuk memperketat semakan latar belakang dan memperbaiki kelemahan berkait isu pembunuhan bersenjata di gereja di Charleston, South Carolina pada 2015.

Bagaimanapun, ia mungkin tidak mendapat kelulusan Senat, yang memerlukan undian daripada sekurang-kurangnya sembilan anggota Republikan. - AFP

 
Last edited:


He is calling it an epidemic and an international embarrassment.

Now, President Joe Biden has outlined his first moves to reduce US gun violence.

He admits the measures are limited and he will need the support of Congress to achieve more ambitious goals.
 
Negara koboi nie jgn harap la nk haramkan senjata api tu
 

Mahkamah Agung AS dengar kes hak bawa senjata api​

WASHINGTON: Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS) semalam bersetuju mendengar usul disokong pelobi senjata api bagi mencabar undang-undang New York yang melarang membawa senjata di luar rumah.

Ini menjadi kes penting pertama yang membabitkan hak Perlembagaan di bawah Pindaan Kedua untuk membawa senjata api yang didengar oleh mahkamah tertinggi negara dalam tempoh lebih sedekad.

Kes itu akan didengar di Mahkamah Agung dengan majoriti hakim konservatif 6-3, ketika desakan kawalan senjata oleh Presiden AS, Joe Biden, berikutan beberapa kes tembakan sejak kebelakangan ini.

Undang-undang New York yang berusia lebih dari satu abad pada masa ini menghendaki seseorang meminta kebenaran untuk membawa senjata api keluar dari rumah dengan mengemukakan alasan yang munasabah.

Saman yang akan didengar oleh Mahkamah Agung itu dikemukakan oleh dua lelaki selepas permohonan mereka untuk membawa pistol bagi mempertahankan diri ditolak.


Rayuan mereka ditolak oleh mahkamah rendah dan Mahkamah Agung bersetuju untuk mendengar kes itu pada Oktober ini.


Mahkamah menyatakan akan mengehadkan hujahan kepada persoalan 'Apakah penolakan permohonan pemohon untuk mendapatkan kebenaran bagi membela diri melanggar Pindaan Kedua'.


Pindaan Kedua terhadap Perlembagaan tertakluk kepada pelbagai tafsiran.


Ia berbunyi: 'Militia yang diatur dengan baik diperlukan bagi keamanan sebuah negara yang bebas, adalah hak rakyat untuk menjaga dan membawa senjata dan hak itu tidak boleh dilanggar'.


Bagi Persatuan Senapang Nasional dan banyak pemilik senjata api, ia menjamin hak warganegara untuk membawa senjata.


Dalam kes penting pada 2008, Mahkamah Agung memutuskan bahawa Pindaan Kedua memastikan hak untuk memiliki senjata di rumah.


Namun, ia menyerahkan kepada bandar dan negeri untuk menetapkan peraturan mereka sendiri mengenai membawa senjata api di luar rumah.


Mahkamah sebelum ini menolak untuk mendengar beberapa kes Pindaan Kedua tetapi melakukan perubahan di bawah bekas presiden, Donald Trump. - AFP
 
Negara koboi nie jgn harap la nk haramkan senjata api tu
Senjata adalah perniagaan mereka :)

Lepas tu geng dengan europe boikot kelapa sawit cakap kita bunuh org utan.
 


Crime rates have risen after plummeting during the initial months of the coronavirus pandemic, creating economic hardship and anxiety.
 
perniaagaan senjata ni bukan biznes kecik oo.. ni kartel high level.. klu malaysia tu setara petronas Tm ... memang kartel jual senjata ni akan lobi2 senat punya....
 
New York Governor Andrew Cuomo has announced new emergency measures to fight gun violence. He has also declared gun violence 'a disaster emergency'.
 
Back
Top
Log in Register